Kalini aku nak share pengalaman menghadiri temuduga untuk kemasukan ke INSEP. Aku rasa ramai lagi yang belum tahu tentang INSEP ni sebab aku sendiri pun baru tahu sebenarnya.
Disebabkan aku seorang yang suka explain details post ni kemungkinan akan meleret. Jadi kepada sesiapa yang mencari jawapan direct kepada soalan, korang boleh terus ke ayat yang di BOLD.
-------------------------------------------------------------------------------
APA ITU INSEP?
INSEP adalah singkatan kepada Industrial Skill Enhancement Programme.
INSEP ni adalah satu program yang dibuat khas untuk para graduan yang dah habis belajar yang dah konvo ya. Disebabkan sekarang, seperti yang sedia maklum, lambakan graduan makin meningkat, semakin susah graduan di luar sana nak dapatkan kerja.
Contoh macam aku, dah lebih kurang setahun aku menganggur. Mohon kerja merata, tapi satu pun tak dapat.
So, INSEP ni adalah salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan nilai pasaran seseorang graduan supaya lebih laku di luar sana dengan menawarkan pengajian percuma untuk mendapatkan sijil kemahiran kompetensi, dimana segala kos pengajian ditanggung oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Bukan tu je, siap ada elaun lagi tiap bulan sebanyak RM500. Bagi aku RM500 tu banyak dah tu, dah la dorang sponsor kita belajar, free of charge, siap dapat duit belanja lagi, alhamdulillah syukur sangat dah.
Tempoh pengajian pun bergantung pada kursus yang korang sertai. Contoh kalau aku, sijil OSHA adalah selama 6 bulan (3 bulan kelas teori & softskills + 3 bulan on job training)
Kalau korang tak faham lagi. Biar aku bagi contoh yang aku lalui sendiri:
Dulu aku pernah pergi temuduga kerajaan (SPA8i) untuk jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41. Masa tu salah seorang penemuduga aku ialah Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Tuan Zaidi. Beliau tanya aku, awak ada sijil kompetensi tak dalam apa-apa kepakaran. Aku jawab takde. So masa tu, disebabkan aku adalah seorang fresh graduate yang masih 'mentah dan muda', Tuan Zaidi nasihatkan aku untuk menyertai mana-mana program percuma yang dianjurkan pihak kerajaan untuk dapatkan sijil kompetensi supaya aku lebih 'laku' di kalangan para majikan di luar sana termasuklah perkhidmatan awam.
Contohnya, majikan nak cari graduan untuk menjawat jawatan sebagai Chemist atau Environment Officer. Dalam banyak permohonan yang diterima, pemohon yang mempunyai sijil kompetensi akan lebih menyerlah dan berpeluang cerah jika dibandingkan dengan graduan lain yang takde sijil tu. So extra dah kat situ.
Selain tu, peluang atau skop kerja nanti akan lebih meluas di mana aku juga boleh memohon kerja di luar bidang (tanpa guna ijazah) sesuai dengan kelayakan sijil kompetensi tadi.
Ni aku explain guna pemahaman aku jelah ya. Maaf kalau ada terlebih terkurang. Berbalik cerita tadi, kat bawah ni aku share pengalaman temuduga aku.
---------------------------------------------------------------------------------
INSEP adalah satu program. Pusat penyedia latihan INSEP pula ada banyak di seluruh Malaysia dan berbeza mengikut kursus. Korang boleh rujuk website atau blog orang lain untuk maklumat yang lebih terperinci (serius banyak, korang rajinkan diri cari ya).
Iklan beserta tarikh kemasukan dan syarat kelayakan umur juga berbeza dan bergantung pada institut penyedia latihan tu tersendiri. Oh ya, ada sesetengah pusat latihan turut menyediakan asrama percuma dan ada yang tidak sediakan.
Contoh macam aku, alhamdulillah salah satu institut penyedia latihan untuk kursus sijil yang aku berminat ada dekat dengan rumah aku iaitu Terengganu Skills Development Centre (TESDEC). Iklan kemasukan juga kebetulan dibuka selepas aku dapat tahu mengenai INSEP ni dari Tuan Zaidi selepas temuduga SPA8i.
Temuduga Terbuka Tesdec yang aku pergi |
BAGAIMANA CARA MEMOHON KEMASUKAN KE INSEP ?
Nak masuk INSEP tak perlu apply online.
Hanya walk in interview pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pusat latihan.
Mengikut pengalaman aku, pusat latihan tu sendiri akan keluarkan iklan, sepertimana TESDEC telah mengadakan temuduga terbuka untuk graduan lepasan Diploma/Ijazah. Jadinya, mana-mana individu yang berminat boleh datang temuduga samada layak ataupun tidak untuk ditaja oleh PTPK.
Tujuan temuduga tadi dibuat adalah untuk mendapatkan graduan yang betul-betul berminat dengan sijil yang ditawarkan itu. Hal ini untuk mengelakkan masalah yang akan timbul di kemudian hari.
Contohnya, sekiranya dah berjaya masuk, tiba-tiba hilang minat, nak quit, taknak teruskan pengajian apa semua. So, kat situ dah rugi peluang yang sepatutnya dapat kat orang yang betul-betul berminat dengan kursus tersebut. Oh ya, kalau korang dah berjaya masuk tapi tetiba nak keluar tanpa alasan kukuh akan didenda dengan bayaran tertentu (dalam RM20k kot aku lupa, korang boleh confirm kan di website lain juga ya)
Tapi kalau korang dapat tawaran kerja dalam tempoh pengajian di INSEP, korang diizinkan keluar sebab matlamat utama program ni dijalankan adalah untuk pastikan graduan menganggur di luar sana berjaya mendapatkan kerja.
------------------------------------------------------------------------------------
APA YANG PERLU DIBAWA KE TEMUDUGA INSEP?
1. Resume
2. Sijil Asal disusun dalam fail
- Sijil/ Skrol Diploma atau Ijazah beserta transkrip
- Sijil SPM
- Sijil Kokurikulum/ Kepimpinan/ Aktiviti Luar
3. Salinan Sijil
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil SPM
- Salinan Sijil/ Skrol Diploma atau Ijazah beserta transkrip
- Salinan Sijil Kokurikulum/ Kepimpinan/ Aktiviti Luar
- Slip Gaji Ibu dan Bapa (Syarat kelayakan gaji parents mesti kurang dari RM10k)
4. Gambar passport (untuk ditampal pada borang)
-------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN YANG DITANYA
Kat bawah ni adalah soalan yang aku dapat haritu.
Soalan mungkin berbeza mengikut kursus, tempat dan kecenderungan minat penemuduga tu sendiri.
Temuduga di buat secara berkumpulan untuk jimat masa.
Sorang penemuduga menyoal dua atau empat peserta pada satu masa.
1. SOALAN WAJIB: Introduce Yourself in English
- Macam aku haritu, aku mohon untuk sijil OSHA. Untuk latar belakang pendidikan, aku ceritakan yang degree aku minor course adalah OSHA dan betapa aku berminat dengan kos ni sejak aku masuk degree. Aku juga beritahu penemuduga tu yang aku ada basic OSHA.
- By the way, untuk kursus OSHA, korang akan diuji tahap English korang sebab OSHA ni banyak guna perkataan English dan akan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris bila kerja nanti bila berhubungan dengan staff dan company International.
2. How many percentage of your eagerness towards this course?
- Aku jawab nilai kesungguhan aku beserta sebab. Lepastu aku ada mention aku pernah belajar pasal OSHA 1994, FMA 1967 dan juga industrial hygiene.
- Soalan seterusnya berkait dengan jawapan aku
3. What did you learn in OSHA during your degree?
- Aku jawab aku ada belajar pasal HIRARC. Orang sebelah kebetulan graduan chemical engineering pun belajar OSHA, so dia pun tahu pasal HIRARC
- Aku explain maksud HIRARC dan cara guna.
5. Adakah aku bersetuju sekiranya berjaya diserap masuk tapi dihantar ke pusat latihan lain selain Terengganu?
- Aku jawab aku sanggup sebab aku memang betul-betul nak.
Kawan aku (lelaki) ada yang hadir sekali dengan aku temuduga dengan panel lain (lelaki juga). Soalan dia paling rileks habis sebab kuota untuk lelaki lebih ramai iaitu 50 orang manakala untuk perempuan hanyalah 10 orang. So, sebab tu soalan untuk calon perempuan lebih detail disebabkan calon yang hadir temuduga majoritinya perempuan, jadinya tapisan tu lebih ketat berbanding lelaki yang hanya minoriti sewaktu temuduga dijalankan.
Soalan untuk calon lelaki biasanya:
- Boleh tahan panas tak?
- Adakah awak seorang yang lasak?
- Penemuduga akan lebih merujuk pada sijil sukan/ aktiviti kokurikulum (calon perempuan, penemuduga akan tengok sijil akademik dan transkrip)
Soalan di atas tu hanyalah sebahagian dari soalan yang ditanya pada aku dan kawan aku. Soalan lain aku tak tahu sebab rata-rata orang yang dah siap temuduga terus balik, tak sempat aku nak siasat dorang. Tapi berdasarkan apa yang aku pernah google, soalan dorang basic je sebab nak tahu minat dan kecenderungan korang terhadap kursus yang korang nak sertai tu.
Kalau korang graduan lepasan kejuruteraan, besar kemungkinan, penemuduga akan tanya pasal mesin yang korang pernah belajar (ni apa yang aku curi dengar orang depan aku)
Yang penting, waktu korang perkenalkan diri, korang sebut strength korang, jangan sebut benda yang korang tak pasti. Contohnya aku sengaja highlight kan OSHA dan FMA sebab aku dah study awal-awal lagi. Aku elakkan sebut hal yang aku tak pasti kesahihan sebab boleh jadi benda tu boleh jadi makan kita balik. Contohnya calon sebelah aku cakap final year project dia melibatkan HIRARC, tapi bila penemuduga tanya HIRARC tu apa. Diam, takleh jawab. Aku memang elakkan sentuh subjek yang ibarat 'gali kubur sendiri'.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Kepada korang di luar sana yang berminat nak memyertai INSEP, aku ucapkan goodluck untuk korang dan semoga berjaya. Yang penting usaha taw, cari, korek, gali, ambil tahu dengan detail tentang kursus yang korang nak sertai. Pastikan 100% berminat, sebab bukan senang taw nak belajar free, orang sponsor. Hargai apa yang diberi dengan berikan kesungguhan dan minat yang tinggi.
Lepas keluar INSEP, kalau ada ambik exam ke apa, jangan tangguhkan sehingga habis tempoh masa yang diberi. PTPK dah laburkan banyak untuk korang, pensyarah pun dah banyak habiskan tenaga dan salurkan ilmu untuk korang. Hargailah mereka 😄 Orang tolong kita, kita tolong dorang balik dengan bagi feedback yang baik. Percuma kot!!
So tu sahaja untuk post kalini. Sekiranya ada persoalan boleh komen kat bawah. Inshaa Allah, aku akan reply ❤
Tiada ulasan:
Catat Ulasan