Sebenarnya, asalnya aku tak tahu pon apa tu SPA, ye level 'knowledge' aku memang sangat teruk dulu. Aku tahu pasal SPA ni pon sejak masuk diploma, ada sorang kawan sekelas sibuk isi borang online SPA8i untuk latihan separa perubatan ni. So, aku tanya la dia, buat apa ni, SPA ni apa, latihan separa perubatan ni apa. So, aku macam berminat la jugak, nak isi jugak. Tapi, masa tu aku tak canggih mane lagi, tak tahu nak search apa kat web, tak tahu website yang mana satu. Kawan tu pula, aku jarang jumpa dan aku segan dah nak tanya banyak. Lepas tu balik rumah, konon bercerita pasal SPA pungpang pungpang kat ayah (aku punya penasihat hidup, idola, perancang kewangan, etc), tup-tup dia kata, ayah dah tahu pasal SPA. And aku macam whattt???
Ayah: Bukan aku takmboh mu masuk SPA, tapi aku rasa mu deserve yang lebih baik. Baik mu sambung belajar tinggi-tinggi nanti inshaa Allah dapat yang lebih baik dari SPA ni. SPA ni untuk orang yang tak cemerlang sangat akademiknya.
Aku: Oh yeke? *Tapi kalau masuk SPA, dapat kerja terus.* dalam hati jela.
Tapi nak buat macamane ayah tak izinkan. So, aku akur je laaah. Aku teruskan pelajaran di 'UiTM dihatiku' ni dalam jurusan Diploma Sains. Setiap sem, mesti ada yang quit sebab dapat tawaran ke Latihan Separa Perubatan SPA, ada yang dapat bahagian farmasi, MA, dan nurse gigi. Aku macam jeles gile. Bestnya dorang semua ni masuk SPA, belajar untuk kerja. Maknanya apa yang dorang belajar tu memang dah khusus untuk kerja. Dan kerja pon terjamin inshaa Allah, habis je belajar terus diserap masuk oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. (Sekarang tahun 2017, alhamdulillah dorang semua dah bekerja dan ada yang dah mendirikan rumahtangga)
Tapi aku tetap teruskan perjuangan sampai semester akhir bila tiba-tiba aku terpikir nak quit belajar sebab masa tu sem paling mencabar, dan aku tak tahu apa yang aku nak. Aku fikir masa depan aku, nanti dengan diploma sains ni aku nak kerja apa? Laku ke? Memang confirm kene sambung ijazah ni. Diploma ni tak cukup kuat nak sokong aku minta kerja.
So, aku isila borang online SPA, dan aku dapat emel kene exam online. Oh ya, masa ni, ayah aku dah buat keputusan nak bersara di umur 55 tahun. Dan dia sarankan aku isi SPA, sebab dia nak aku kerja secepat mungkin dan dia bimbang pasal masa depan aku katanya. Takut aku menganggur lepas habis study. Kalau isi SPA, inshaa Allah terjamin dah kerja. Waktu tu aku dah habis diploma, tengah tunggu keputusan penerapan UiTM ke peringkat Ijazah dan aku kerja sementara masa tu di Mydin sebagai cashier.
Nak dijadikan cerita, takde rezeki SPA masa tu, aku lupa yang aku kena ambik exam online. Padahal aku dah set alarm sejam sebelum exam. Alarm tak bunyi weh. Aku siap tulis besar-besar kat whiteboard dalam bilik. Dan aku masih lupa. Sejam lepas waktu exam lepas, aku baru teringat. Tak tahu nak describe macamane rasa tu. Nervous gila nak bagitahu ayah pasal aku dah missed exam tu. Sekali aku bagitahu, bagai halilintar membelah bumi ayah aku marah aku. Nangis toksah cakap ah sampai aku bergelap dalam bilik mogok takmo makan sebab kecewa kene marah teruk dengan ayah. Padahal bukan aku saje tak ingat.
Alhamdulillah, September 2016, aku ditawarkan kursus yang aku letak sebagai pilihan pertama masa isi borang online penerapan haritu. Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia. Aku minat kimia, tapi semester satu aku agak mencabar bila kitorang kena hadap subjek killer semester tiga, sebab aku dapat pengecualian kredit, so terus jump ke level paling susah. Subjek paling famous di kalangan student and lecturer sebab subjek tu memang confirm ada repeaters. Physical Chemistry II. Memang susah, sampai aku yang tak pernah nangis sebab belajar ni, call ibu ayah nangis ngadu cakap susah. Woi aku dapat 5/30 kot test. Gila tak stress. Paling rendah dalam kelas kot dan aku pernah dapat kosong. Time final nangis weh jawab. Rasa macam tak belajar, rasa macam bodoh apa aku buat dalam kelas selama ni.
So, sekali lagi aku buat gila isi SPA, niat isi sebenarnya nak minta kerja sebab dah tak tahan belajar bukan nak apply Latihan Separa Perubatan. Sekali aku tak perasan, aku salah isi. Ingatkan dah remove semua jawatan dipohon di bahagian Latihan Separa Perubatan, rupanya ada lagi. Penolong Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Persekitaran tak silap aku.
So, dapat la emel sekali lagi suruh sit exam online. Kalini aku dah masuk semester dua Ijazah. Tingal lagi baki tiga semester untuk habiskan Ijazah ni. Tapi aku still, kononnya nak cuba nasib, nak try test tengok aku berjaya lepas ke tak. Memang takde niat pon nak pergi sebab aku dah separuh jalan di Ijazah. Rase macam rugi quit separuh jalan untuk u-turn balik masuk diploma. Padahal aku dah masuk fasa lain yang level lagi tinggi. Kalau kerja pon, gred dengan gaji ijazah dan diploma lain.
Lepas satu, satu ujian SPA yang aku ambik alhamdulillah semua lulus atas bantuan kawan-kawan aku. Setiap ujian tu ade dugaan masing-masing. Test online, laptop aku takleh on sebab charger tinggal kat rumah. Pinjam charger kawan. Test 2 aku lupa nak jawab, tapi teringat di saat akhir nak tutup dah. Ujian temuduga paling hebat. Perghhh, sekali dengan family aku diuji.
Sebenarnya, aku taknak pi pon interview tu, tapi tak tahula nak cakap malang ke nasib baik, tarikh temuduga tu sehari selepas Majlis Konvokesyen aku di Dungun. So, hari kejadian tu memang aku dah dalam cuti dapat pengecualian kuliah. Mungkin ni rezeki untuk aku rasa pengalaman di temuduga kali pertama. Btw, tempat temuduga tu 10 minit je dari rumah aku. Kawan aku yang lain semua dapat tempat jauh ataupon tarikh tu clash dengan konvokesyen kitorang maklumla, tarikh konvo UiTM tak sama, sebab banyak kampus VC nak kena cover.
Balik cuti tu beberapa hari tu, niat di hati nak konvo dan aku memang plan nak jawab ala kadar je untuk interview tu sebab aku just nak gain experience interview tu je. Tapi, aku hanya mampu merancang. Jejak je kaki aku di ganu kesayanganku ini. Fuhh kene brainwash weh, especially ayah aku dia brainwash habis kepala, otak, minda aku. Ye, ayah menang. Dia berjaya buat aku tukar niat dari nak main-main jadi serius gilaaa nak jawatan tu. *a big clap for my dad* sigh. *dulu dia yang tak bagi aku isi SPA, sekarang dia yang bersungguh* tapi takpela sebagai anak sulung, aku akurkan sajaaa semua permintaan ibu bapa aku ni.
Sape lagi nak bahagiakan dorang, kalau bukan aku. Kalau pikir, ye aku dah bazir banyak masa, tapi bak kata kawan aku. Tak, kau tak bazir masa pon. Kau belajar kan, menuntut ilmu tu kan suruhan Allah. Dalam masa aku duk diploma tu aku belajar macam-macam bukan takat dalam kelas je, pengalaman hidup pon dah rasa macam-macam, jumpa orang bermacam ragam. Ye, jalan hidup orang tak sama. Ada yang lurus je, ada yang naik turun, macam-macamla. Aku sebagai hamba, hanya percaya dan redha ketentuan Dia. Takleh nak persoalkan kenapa orang lain dapat tawaran study oversea? Aku takleh? Kenape orang lain dah kawin? Aku, pakwe pon xde? *contohhhhh* mungkin sebab aku tak ready nak pikul tanggungjwab/ xready nak face ujian lagi besar. So bersangka baik, ade hikmah semua benda ni jadi.
So, next post will be - Pengalaman Temuduga untuk Latihan Separa Perubatan SPA
Just nak minta pendapat, if dah further degree in chemistry, and asyik suruh amik exam separa latihan perubatan tu. Nak decide macam mana. Degree dah 2nd year dah
BalasPadamSama dengan saya lah ni ye. Saya dah grad bulan Januari lepas dan saya dah menganggur selama 8 bulan lebih. Sangat susah untuk dapat kerja bidang chemistry sekiranya awak tidak berada di kawasan industri seperti di Johor dan Selangor. Dan saya sebenarnya agak menyesal sebab buat sambil lewa ketika interview latihan separa perubatan sebab sekiranya lulus, masa depan saya lebih terjamin. Ya, awak akan dapat gaji setaraf diploma, tapi lama-lama gaji akan naik jugak dan awak akan dapat pelbagai kelebihan bekerja di sektor kerajaan. So, bagi saya, awak ambik je exam, pergi je interview dan buat yang terbaik inshaa Allah ada rezeki awak. Dapat tak dapat belakang kira, yang penting buat je yang terbaik
Padamsalam awak.. nk tnya next week saya ada interview SPA dan saya tgh smbung pengajian di universiti tahun 2 patut ke saya bgitahu saya tgh belajar sebab ada org cakap kalau penemuduga tahu kita belajar dia jadi susah nk lulus temuduga tu jadi saya confius nk cakap ke tak sy tgh belajar sbb saya mmg nak lulus temuduga nii.. saya dah tak tahan nk belajar dekat uni. tolong jawab yee thankyou🥰
Padamsalam, sy baru je habis degree..ya nak cari kerja tetap mmg sukar. masa awak isi spa untuk separa perubatan tu, awak letak tak kelayakan degree awak?
BalasPadamWsalam, maaf lambat reply. Masa saya isi untuk separa perubatan, waktu tu saya masih belum grad degree, jadinya bahagian degree kosong. Setahu saya, kalau kita isi maklumat degree, automatik bahagian separa perubatan kita dah tak boleh mohon kerana kelayakan SPM, hanya jawatan kelayakan diploma dan ijazah sahaja yang dibuka untuk graduan ijazah
Padamhai..good sharing ..kt sini sy nak share 2 info..jika ade adik2 lepasan spm 2019 yg masih tk dpt mana mana tawaran..nak ambil diploma pendidikan awal kanak kanak twining program upsi-bole pm sis utk info 011-16930576..intake utk awal thun close skrg open utk intake batch nov ya..syarat math lulus ...dan jika ade nk aply diploma nursing/farmasi juge bole pm sis..bantu.tq..
BalasPadamWahh, terima kasih atas perkongsian info program ni, nanti saya beritahu rakan yang berminat ya
PadamBrpa lama tunggu klayakan spa8?
BalasPadamTunggu kelayakan macam mana tu ya?
PadamKalau tempoh masa nak tunggu di panggil exam atau temuduga, bergantung kepada pihak SPA8i sendiri, ada yang sekejap ada yang lama.
Tak silap saya kalau dari segi kelulusan akademik & jawatan, lepas awak isi bahagian akademik tu, automatik sistem akan update jawatan yang sesuai dengan kelayakan awak, tak perlu tunggu lama
Maaf kalau tak menjawab soalan, sebab tak berapa faham sebenarnya
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalamualaikum pengalaman akak nih sebijik dengn APA yg sya lalui sekarang tpi sya dh final sem diploma sains gunaan jugak. x ambik degree lgi.sya sebenarnya x tahu jugak berkaitan info2 pasal spa sampai masuk diploma Rasa MCM menyesal x tahu pasal spa nih. Huhuhuhu walau ap pon kehidupan perlu diteruskan. Saya NK Tanya kalau Kita dh grad dengan diploma kalau Kita mohon spa, sijil SPA Kita bertaraf diploma jugak ke?ke sebaliknya?
BalasPadamSaya nak tanya,pelajar bukan aliran sains tulen semasa sekolah menengah, boleh tak masuk latihan separa perubatan ?
BalasPadamhi sis..maaf nk tny..if join diploma dlm kos separa perubatan dlm SPA..still boleh sambung degree ke dlm kos tu?
BalasPadam