Its 2017!!! Happy New Year! Walaupon dah Februari.
Sekarang aku tengah cuti semester, tinggal lagi satu bulan nak enjoy cuti, nak relax without worries of assignments and tests.
Just want to do a little throwback on how I manage to survive in new campus, new environment and new friends with the new terms.
(This topic is subjective, its my own opinion, takde niat nak 'down' kan orang, nak burukkan sape2, ini hanya pandangan aku, maaf kalau ade tersilap, tersinggung, terasa ke apa)
So, sebelum masuk degree aku sangat excited dan tak sabar nak habiskan diploma. Kebanyakan kawan aku semua masuk matrik & asasi, so agak stress bila aku a step behind. Bayangkan aku belajar diploma 3 tahun, baru boleh masuk degree. Sedangkan kawan aku hanya belajar di matrik/asasi setahun then degree. Jujur aku kata memang rasa rendah diri sangat bila kita tahu dulu kawan kita yang sama level je, dah satu langkah maju dari kita. Opinions, ideas, thoughts semua berbeza. Lain pemikiran budak degree dengan diploma, they tend to be mature.
Tapi aku positif, semua orang ada jalan hidup masing-masing. Inshaa Allah, semua ni mungkin yang terbaik untuk aku. Susah nak tenangkan diri sebenarnya dalam situasi macam ni. Kenapa aku pilih diploma sedangkan aku layak ke asasi dan matrik?
Aku ni cucu sulung, apa-apa keputusan, apa yang aku nak buat dalam hidup ditentukan oleh family. Susah sebenarnya bila orang masuk campur dalam hal kita. Tak kisah pon kalau ibu ayah yang bagi nasihat, tapi ni semua saudara mara, even nenek masuk campur. Yeah, I end up doing diploma. But I still husnudzon, positif sangat la aku ni, taknak fikir yang tak elok sebab i know they love me, they want what the best for me. The best reason they gave me, dorang takut aku tak perform matrik/asasi and endup with kos lelong for degree. So, diploma adalah jalan selamat untuk aku. And yes, now I got what I want (bidang untuk degree). Tapi kawan-kawan aku yang matrik/asasi okay je boleh kos yang dorang nak. (they got cgpa 3.75 above, i dont think i can get that thou)
Antara diploma atau asasi/matrik atau STPM, which is good?
Ramai junior, adik-adik, sepupu yang lepasan SPM ask me about this.
I cant give them exactly what is the best answer; it actually depend on your ability, mampu ke tak? You have to know your own limit. Kalau rasa boleh give the best in limited short time. You can go for asasi/matrik. Kalau rasa diri macam nak relaks, tak boleh stress you can do for diploma. For STPM, aku tak tahu sangat, maaf lah sebab tak ramai kawan yang ambik STPM.
So, berbalik kepada cerita aku tadi, lepas dah habis diploma akhirnyaa boleh masuk degree. Sebenarnya ada bagus juga aku ambik diploma sebab aku tak tahu apa yang aku nak sebenarnya. Kalau ikut ayah, dia nak aku ambik course farmasi, nenek nak aku jadi cikgu/ustazah. Ibu tak kisah asalkan aku kerja. Masalahnya, course farmasi tu susah, aku ni tak minat menghafal dan aku tahu kemampuan aku takat mana je. Aku tahu aku tak mampu. Lepas tu aku ni pula bukan seorang yang penyabar dan aku tiada bakat mendidik. So, nak selamat aku ambik Diploma in Science, sebab general dan mudah nak apply apa-apa kos selepas ni. Lepas tiga tahun berfikir, tengok prestasi aku sepanjang diploma. Aku decide nak apply Degree dalam bidang kimia. Sebab aku tak minat Biologi dan benci Fizik. The best choice would be Chemistry!!!!
So, yeah sekarang aku dah berjaya masuk ke alam degree. Dah berjaya menjadi seorang pelajar ijazah sarjana muda sains (kimia). Baru semester 1, aku ada baki lagi 4 semester (2 tahun). Its a long journey actually. Kawan aku yang matrik/asasi sekarang tengah intern/praktikal. Aku? Bakal masuk semester 2 inshaa Allah. (positif)
Ya Allah, stressnya fikir pasal Jengka. Tetiba stress padahal tengah cuti sem kot. Malasnya nak balik sanaa. Nak duk ganu je aci dokk? Bakpe la ganu tak dok kos kimia untuk degree.
Dulu diploma sains kat kampus Chendering je, last batch diploma sains. Kampus kecik je, lagi kecik dari sekolah menengah kat sebelah. Mula-mula macam hampa, kecewa konon imaginasi tinggi nak belajar UiTM Shah Alam kononn. Tapi last-last dapat Chendering. Hahhahah kelako pon ade. Tapi ade bagus dia, sebab jimat kos aku balik tiap minggu basuh baju kat rumah, print nota, pastyears semua dekat rumah. So, belanja untuk 5 hari je (weekdays only) stay kat kolej. Alhamdulillah ada hikmah dia. Makanan pon murah, sedap sebab hari-hari ada menu ikan laut. Duk Jengka, ada ikan keli je dengan ayam goreng. Boring sampai nak muntah hadap makanan sama. Staf kampus Chendering sangat friendly dan bagus. (kene buat entry baru pasal chendering rasanya ni)
Aku sebenarnya tak biasa lagi ni dengan suasana baru. Bayangkan aku lahir di Terengganu, membesar dalam suasana laut/nelayan. Rumah menghadap laut, membelakangi sungai (muara sungai Terengganu). Kalau pergi belakang rumah dah boleh nampak bandar KT. Kampung ni sangat dekat dengan bandar, lain sangat suasana nya nak banding ngan Jengka. Aku ni dahla ada masalah dengan tempat yang banyak pokok, rasa lemas, rimas. Balik kampung batu rakit pon dah rasa tak tahan sebab pukul 9 malam dah mati.
Dulu duk kampus Chendering, pukul 9 malam baru keluar lepak. Sekarang ni duk Jengka, aku keluar 9 malam dah takde ape2. Gelap gelita bandar, ada dua tiga kedai je buka. Tapi baguslaa, (positif) suasana belajar yang kondusif (no lepak anymore). Boleh fokus belajar ye lepasni. Cuma stress bila belajar, kadang kita nak release tension tapi tak taw nak buat apa, akhirnya kita makan!!! Ni budak Jengka yang ajar, kalau stress gi beli CoolBlog.
Dari segi suasana belajar, penat nya duk kampus baru ni. Besar nak banding dengan Chendering yang kecik tu. Penat nak berkejar pergi kelas, tapi sempat je balik bilik time gap kelas tu. Okla, not bad sebenarnya Jengka ni. Tengok! Aku dah boleh terima kenyataan..
Apa yang lain Chendering (diploma) dengan Jengka (degree)?
1. LAB
Chendering boleh dikatakan kampus baru, 2008 upgrade jadi UiTM dari Kolej Yayasan Terengganu. (tak silap aku). So, makmal pon baru, kemudahan (lab apparatus, meja, kerusi, semuaaalah) baru. Jadi bila pergi Jengka (kampus lama - tak pasti berapa umur) makmal tak se baru Chendering. First lab, aku tahan air mata nangis. Sebab culture shock, tak boleh nak conduct experiment well sebab terganggu dengan suasana lab gitu. Yelah dulu sekolah aku pon makmal baru (TESMAL & SESTER). Tak biasa dengan perabot kayu semua (sorry kalau menyampah dengan aku), apparatus pon lama dan lain bentuk dengan apa yang aku guna. Nak guna pipette je pon aku dah nangis! Tapi positif lagi, ada bagus dia, boleh try macam-macam kaedah nanti kalau keja kena guna barang lama atleast aku tak kekok. Dulu dekat chendering takde machine yang canggih macam HPLC la contoh. So, kitorang akan menumpang kampus lain, kitorang ke Tapah untuk buat experiment. Kat sana, aku kenal HPLC (autosampler), sekali duk Jengka HPLC manual. Yang ni pon aku culture shock hahah aduhlaa. Tapi bagusla, boleh faham dengan mendalam pasal instrument. Kalau guna autosampler senang je, kau buat sample then letak dalam instrument tunggu result. Ni yang manual, semua kau kene buat. O yeah lagi experience kita dapat.
![]() |
Kat Jengka, guna pump ni untuk pipette (susah nak handle) |
![]() |
Kat Chendering guna yang ni, senang nak handle dan equilibrate |
2. NOTES
Dulu diploma nota nipis-nipis je dalam bentuk handout slides. Nota directly dari lecturers. Degree ni perghh tebal gile! Paling tebal diploma sama dengan paling nipis degree. Lepas tu, dulu notes dalam bentuk slides/powerpoint, degree level lain wehh diorang pakai Words! Ce bayang wehh bapak tebal weh nota penuh tulisan! Gambar dua tiga je ada. Nak compared dengan diploma? Fuhh sekarang aku tengok balik nota diploma, dah macam level sekolah rendah, gambar banyak tulisan sikit je. Yang aku bengang, nota tebal2, bila test especially paper final. Yang masuknye secoet je, yang paling aku tak ambil berat yang keluar. Kau rasa??? (nampak sangat niat belajar sebab nak exam). Lepas ni aku kene ubah strategi belajar. Bila degree ni aku perasan, tak semua ilmu kau boleh dapat dalam kelas, kene usaha lebih. Kena cari dari sumber luar, biasanya aku akan tengok nota i-learn dari lecturer kampus lain tapi hampa sebab lebih kurang sama je isi nota. So, biasanya ilmu lebih ni aku dapat masa buat assignment dengan lab report so make sure buat elok-elok dan faham apa yang perlu ada dalam task tu. Jangan main tiru directly dari internet (aku pantang spesies ni).
3. THIRD LANGUAGE
Aku dapat bahasa arab sebagai bahasa ketiga. Mostly budak sains dapat arab. Budak bussiness belajar mandarin. Alhamdulillah so far so good. I love arabic dan memang masa diploma aku ada niat nak belajar arab so bila dapat peluang ni rasa happy. Tu la hikmah dapat Jengka sebab kampus lain, Shah Alam dorang belajar bahasa Korea, kawan aku happy ah sebab dia peminat kpop. Ak bekas peminat je hahah, so tak jeles mane laa dorang duk belajar hangul tu.
4. KOLEJ
Diploma dulu kolej percuma, cuma kena daftar barang elektrik dan bayar RM10/unit barangan elektronik. Masuk degree, kolej berbayar ya. Kalau ikut dalam surat tawaran, pelajar degree tak disediakan kemudahan kolej tapi ade disediakan sebenarnya. Pihak UiTM tak sekejam itu, dorang sediakan kemudahan selesa untuk pelajar dia. Walaupon berbayar, bersyukurlah, sebab murah je nak banding dengan menyewa kat luar. Bayaran hanya sebanyak RM 210 (4++ orang/bilik) dan RM400 (2 orang/bilik). NI bayaran untuk satu semester bukan sebulan ye. Murah yee chuolls dahla free wifi dalam kampus dekat nak gi kelas, kafe makanan murah nak banding kedai makan kat luar. Bersyukurlah.
Tu je kot apa yang beza antara diploma dengan degree di tempat yang berbeza, kalau ada lagi yang extra, nanti aku tambah balik. Walaupon aku masih teringat Chendering, aku kene move on sebab sekarang aku pelajar kampus Jengka, kene mula mencintai Jengka hahh. I'm looking forward on creating memories in Jengka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan