Isnin, 1 Mei 2017

Macamane aku boleh memohon untuk Latihan Separa Perubatan SPA

Sebenarnya, asalnya aku tak tahu pon apa tu SPA, ye level 'knowledge' aku memang sangat teruk dulu. Aku tahu pasal SPA ni pon sejak masuk diploma, ada sorang kawan sekelas sibuk isi borang online SPA8i untuk latihan separa perubatan ni. So, aku tanya la dia, buat apa ni, SPA ni apa, latihan separa perubatan ni apa. So, aku macam berminat la jugak, nak isi jugak. Tapi, masa tu aku tak canggih mane lagi, tak tahu nak search apa kat web, tak tahu website yang mana satu. Kawan tu pula, aku jarang jumpa dan aku segan dah nak tanya banyak. Lepas tu balik rumah, konon bercerita pasal SPA pungpang  pungpang kat ayah (aku punya penasihat hidup, idola, perancang kewangan, etc), tup-tup dia kata, ayah dah tahu pasal SPA. And aku macam whattt???

Ayah: Bukan aku takmboh mu masuk SPA, tapi aku rasa mu deserve yang lebih baik. Baik mu sambung belajar tinggi-tinggi nanti inshaa Allah dapat yang lebih baik dari SPA ni. SPA ni untuk orang yang tak cemerlang sangat akademiknya.

Aku: Oh yeke? *Tapi kalau masuk SPA, dapat kerja terus.* dalam hati jela.

Tapi nak buat macamane ayah tak izinkan. So, aku akur je laaah. Aku teruskan pelajaran di 'UiTM dihatiku' ni dalam jurusan Diploma Sains. Setiap sem, mesti ada yang quit sebab dapat tawaran ke Latihan Separa Perubatan SPA, ada yang dapat bahagian farmasi, MA, dan nurse gigi. Aku macam jeles gile. Bestnya dorang semua ni masuk SPA, belajar untuk kerja. Maknanya apa yang dorang belajar tu memang dah khusus untuk kerja. Dan kerja pon terjamin inshaa Allah, habis je belajar terus diserap masuk oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. (Sekarang tahun 2017, alhamdulillah dorang semua dah bekerja dan ada yang dah mendirikan rumahtangga)

Tapi aku tetap teruskan perjuangan sampai semester akhir bila tiba-tiba aku terpikir nak quit belajar sebab masa tu sem paling mencabar, dan aku tak tahu apa yang aku nak. Aku fikir masa depan aku, nanti dengan diploma sains ni aku nak kerja apa? Laku ke? Memang confirm kene sambung ijazah ni. Diploma ni tak cukup kuat nak sokong aku minta kerja.

So, aku isila borang online SPA, dan aku dapat emel kene exam online. Oh ya, masa ni, ayah aku dah buat keputusan nak bersara di umur 55 tahun. Dan dia sarankan aku isi SPA, sebab dia nak aku kerja secepat mungkin dan dia bimbang pasal masa depan aku katanya. Takut aku menganggur lepas habis study. Kalau isi SPA, inshaa Allah terjamin dah kerja. Waktu tu aku dah habis diploma, tengah tunggu keputusan penerapan UiTM ke peringkat Ijazah dan aku kerja sementara masa tu di Mydin sebagai cashier.

Nak dijadikan cerita, takde rezeki SPA masa tu, aku lupa yang aku kena ambik exam online. Padahal aku dah set alarm sejam sebelum exam. Alarm tak bunyi weh. Aku siap tulis besar-besar kat whiteboard dalam bilik. Dan aku masih lupa. Sejam lepas waktu exam lepas, aku baru teringat. Tak tahu nak describe macamane rasa tu. Nervous gila nak bagitahu ayah pasal aku dah missed exam tu. Sekali aku bagitahu, bagai halilintar membelah bumi ayah aku marah aku. Nangis toksah cakap ah sampai aku bergelap dalam bilik mogok takmo makan sebab kecewa kene marah teruk dengan ayah. Padahal bukan aku saje tak ingat.

Alhamdulillah, September 2016, aku ditawarkan kursus yang aku letak sebagai pilihan pertama masa isi borang online penerapan haritu. Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia. Aku minat kimia, tapi semester satu aku agak mencabar bila kitorang kena hadap subjek killer semester tiga, sebab aku dapat pengecualian kredit, so terus jump ke level paling susah. Subjek paling famous di kalangan student and lecturer sebab subjek tu memang confirm ada repeaters. Physical Chemistry II. Memang susah, sampai aku yang tak pernah nangis sebab belajar ni, call ibu ayah nangis ngadu cakap susah. Woi aku dapat 5/30 kot test. Gila tak stress. Paling rendah dalam kelas kot dan aku pernah dapat kosong. Time final nangis weh jawab. Rasa macam tak belajar, rasa macam bodoh apa aku buat dalam kelas selama ni.

So, sekali lagi aku buat gila isi SPA, niat isi sebenarnya nak minta kerja sebab dah tak tahan belajar bukan nak apply Latihan Separa Perubatan. Sekali aku tak perasan, aku salah isi. Ingatkan dah remove semua jawatan dipohon di bahagian Latihan Separa Perubatan, rupanya ada lagi. Penolong Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Persekitaran tak silap aku.

So, dapat la emel sekali lagi suruh sit exam online. Kalini aku dah masuk semester dua Ijazah. Tingal lagi baki tiga semester untuk habiskan Ijazah ni. Tapi aku still, kononnya nak cuba nasib, nak try test tengok aku berjaya lepas ke tak. Memang takde niat pon nak pergi sebab aku dah separuh jalan di Ijazah. Rase macam rugi quit separuh jalan untuk u-turn balik masuk diploma. Padahal aku dah masuk fasa lain yang level lagi tinggi. Kalau kerja pon, gred dengan gaji ijazah dan diploma lain.

Lepas satu, satu ujian SPA yang aku ambik alhamdulillah semua lulus atas bantuan kawan-kawan aku. Setiap ujian tu ade dugaan masing-masing. Test online, laptop aku takleh on sebab charger tinggal kat rumah. Pinjam charger kawan. Test 2 aku lupa nak jawab, tapi teringat di saat akhir nak tutup dah. Ujian temuduga paling hebat. Perghhh, sekali dengan family aku diuji.

Sebenarnya, aku taknak pi pon interview tu, tapi tak tahula nak cakap malang ke nasib baik, tarikh temuduga tu sehari selepas Majlis Konvokesyen aku di Dungun. So, hari kejadian tu memang aku dah dalam cuti dapat pengecualian kuliah. Mungkin ni rezeki untuk aku rasa pengalaman di temuduga kali pertama. Btw, tempat temuduga tu 10 minit je dari rumah aku. Kawan aku yang lain semua dapat tempat jauh ataupon tarikh tu clash dengan konvokesyen kitorang maklumla, tarikh konvo UiTM tak sama, sebab banyak kampus VC nak kena cover.

Balik cuti tu beberapa hari tu, niat di hati nak konvo dan aku memang plan nak jawab ala kadar je untuk interview tu sebab aku just nak gain experience interview tu je. Tapi, aku hanya mampu merancang. Jejak je kaki aku di ganu kesayanganku ini. Fuhh kene brainwash weh, especially ayah aku dia brainwash habis kepala, otak, minda aku. Ye, ayah menang. Dia berjaya buat aku tukar niat dari nak main-main jadi serius gilaaa nak jawatan tu. *a big clap for my dad* sigh. *dulu dia yang tak bagi aku isi SPA, sekarang dia yang bersungguh* tapi takpela sebagai anak sulung, aku akurkan sajaaa semua permintaan ibu bapa aku ni.

Sape lagi nak bahagiakan dorang, kalau bukan aku. Kalau pikir, ye aku dah bazir banyak masa, tapi bak kata kawan aku. Tak, kau tak bazir masa pon. Kau belajar kan, menuntut ilmu tu kan suruhan Allah. Dalam masa aku duk diploma tu aku belajar macam-macam bukan takat dalam kelas je, pengalaman hidup pon dah rasa macam-macam, jumpa orang bermacam ragam. Ye, jalan hidup orang tak sama. Ada yang lurus je, ada yang naik turun, macam-macamla. Aku sebagai hamba, hanya percaya dan redha ketentuan Dia. Takleh nak persoalkan kenapa orang lain dapat tawaran study oversea? Aku takleh? Kenape orang lain dah kawin? Aku, pakwe pon xde? *contohhhhh* mungkin sebab aku tak ready nak pikul tanggungjwab/ xready nak face ujian lagi besar. So bersangka baik, ade hikmah semua benda ni jadi.

So, next post will be - Pengalaman Temuduga untuk Latihan Separa Perubatan SPA

Jumaat, 3 Februari 2017

Diploma in Chendering and Degree in Jengka

Its 2017!!! Happy New Year! Walaupon dah Februari.

Sekarang aku tengah cuti semester, tinggal lagi satu bulan nak enjoy cuti, nak relax without worries of assignments and tests.

Just want to do a little throwback on how I manage to survive in new campus, new environment and new friends with the new terms.

(This topic is subjective, its my own opinion, takde niat nak 'down' kan orang, nak burukkan sape2, ini hanya pandangan aku, maaf kalau ade tersilap, tersinggung, terasa ke apa)

So, sebelum masuk degree aku sangat excited dan tak sabar nak habiskan diploma. Kebanyakan kawan aku semua masuk matrik & asasi, so agak stress bila aku a step behind. Bayangkan aku belajar diploma 3 tahun, baru boleh masuk degree. Sedangkan kawan aku hanya belajar di matrik/asasi setahun then degree. Jujur aku kata memang rasa rendah diri sangat bila kita tahu dulu kawan kita yang sama level je, dah satu langkah maju dari kita. Opinions, ideas, thoughts semua berbeza. Lain pemikiran budak degree dengan diploma, they tend to be mature.

Tapi aku positif, semua orang ada jalan hidup masing-masing. Inshaa Allah, semua ni mungkin yang terbaik untuk aku. Susah nak tenangkan diri sebenarnya dalam situasi macam ni. Kenapa aku pilih diploma sedangkan aku layak ke asasi dan matrik?

Aku ni cucu sulung, apa-apa keputusan, apa yang aku nak buat dalam hidup ditentukan oleh family. Susah sebenarnya bila orang masuk campur dalam hal kita. Tak kisah pon kalau ibu ayah yang bagi nasihat, tapi ni semua saudara mara, even nenek masuk campur. Yeah, I end up doing diploma. But I still husnudzon, positif sangat la aku ni, taknak fikir yang tak elok sebab i know they love me, they want what the best for me. The best reason they gave me, dorang takut aku tak perform matrik/asasi and endup with kos lelong for degree. So, diploma adalah jalan selamat untuk aku. And yes, now I got what I want (bidang untuk degree). Tapi kawan-kawan aku yang matrik/asasi okay je boleh kos yang dorang nak. (they got cgpa 3.75 above, i dont think i can get that thou)

Antara diploma atau asasi/matrik atau STPM, which is good?
Ramai junior, adik-adik, sepupu yang lepasan SPM ask me about this.
I cant give them exactly what is the best answer; it actually depend on your ability, mampu ke tak? You have to know your own limit. Kalau rasa boleh give the best in limited short time. You can go for asasi/matrik. Kalau rasa diri macam nak relaks, tak boleh stress you can do for diploma. For STPM, aku tak tahu sangat, maaf lah sebab tak ramai kawan yang ambik STPM.

So, berbalik kepada cerita aku tadi, lepas dah habis diploma akhirnyaa boleh masuk degree. Sebenarnya ada bagus juga aku ambik diploma sebab aku tak tahu apa yang aku nak sebenarnya. Kalau ikut ayah, dia nak aku ambik course farmasi, nenek nak aku jadi cikgu/ustazah. Ibu tak kisah asalkan aku kerja. Masalahnya, course farmasi tu susah, aku ni tak minat menghafal dan aku tahu kemampuan aku takat mana je. Aku tahu aku tak mampu. Lepas tu aku ni pula bukan seorang yang penyabar dan aku tiada bakat mendidik. So, nak selamat aku ambik Diploma in Science, sebab general dan mudah nak apply apa-apa kos selepas ni. Lepas tiga tahun berfikir, tengok prestasi aku sepanjang diploma. Aku decide nak apply Degree dalam bidang kimia. Sebab aku tak minat Biologi dan benci Fizik. The best choice would be Chemistry!!!!

So, yeah sekarang aku dah berjaya masuk ke alam degree. Dah berjaya menjadi seorang pelajar ijazah sarjana muda sains (kimia). Baru semester 1, aku ada baki lagi 4 semester (2 tahun). Its a long journey actually. Kawan aku yang matrik/asasi sekarang tengah intern/praktikal. Aku? Bakal masuk semester 2 inshaa Allah. (positif)

Ya Allah, stressnya fikir pasal Jengka. Tetiba stress padahal tengah cuti sem kot. Malasnya nak balik sanaa. Nak duk ganu je aci dokk? Bakpe la ganu tak dok kos kimia untuk degree.

Dulu diploma sains kat kampus Chendering je, last batch diploma sains. Kampus kecik je, lagi kecik dari sekolah menengah kat sebelah. Mula-mula macam hampa, kecewa konon imaginasi tinggi nak belajar UiTM Shah Alam kononn. Tapi last-last dapat Chendering. Hahhahah kelako pon ade. Tapi ade bagus dia, sebab jimat kos aku balik tiap minggu basuh baju kat rumah, print nota, pastyears semua dekat rumah. So, belanja untuk 5 hari je (weekdays only) stay kat kolej. Alhamdulillah ada hikmah dia. Makanan pon murah, sedap sebab hari-hari ada menu ikan laut. Duk Jengka, ada ikan keli je dengan ayam goreng. Boring sampai nak muntah hadap makanan sama. Staf kampus Chendering sangat friendly dan bagus. (kene buat entry baru pasal chendering rasanya ni)

Aku sebenarnya tak biasa lagi ni dengan suasana baru. Bayangkan aku lahir di Terengganu, membesar dalam suasana laut/nelayan. Rumah menghadap laut, membelakangi sungai (muara sungai Terengganu). Kalau pergi belakang rumah dah boleh nampak bandar KT. Kampung ni sangat dekat dengan bandar, lain sangat suasana nya nak banding ngan Jengka. Aku ni dahla ada masalah dengan tempat yang banyak pokok, rasa lemas, rimas. Balik kampung batu rakit pon dah rasa tak tahan sebab pukul 9 malam dah mati.

Dulu duk kampus Chendering, pukul 9 malam baru keluar lepak. Sekarang ni duk Jengka, aku keluar 9 malam dah takde ape2. Gelap gelita bandar, ada dua tiga kedai je buka. Tapi baguslaa, (positif) suasana belajar yang kondusif (no lepak anymore). Boleh fokus belajar ye lepasni. Cuma stress bila belajar, kadang kita nak release tension tapi tak taw nak buat apa, akhirnya kita makan!!! Ni budak Jengka yang ajar, kalau stress gi beli CoolBlog.

Dari segi suasana belajar, penat nya duk kampus baru ni. Besar nak banding dengan Chendering yang kecik tu. Penat nak berkejar pergi kelas, tapi sempat je balik bilik time gap kelas tu. Okla, not bad sebenarnya Jengka ni. Tengok! Aku dah boleh terima kenyataan..

Apa yang lain Chendering (diploma) dengan Jengka (degree)?

1. LAB
Chendering boleh dikatakan kampus baru, 2008 upgrade jadi UiTM dari Kolej Yayasan Terengganu. (tak silap aku). So, makmal pon baru, kemudahan (lab apparatus, meja, kerusi, semuaaalah) baru. Jadi bila pergi Jengka (kampus lama - tak pasti berapa umur) makmal tak se baru Chendering. First lab, aku tahan air mata nangis. Sebab culture shock, tak boleh nak conduct experiment well sebab terganggu dengan suasana lab gitu. Yelah dulu sekolah aku pon makmal baru (TESMAL & SESTER). Tak biasa dengan perabot kayu semua (sorry kalau menyampah dengan aku), apparatus pon lama dan lain bentuk dengan apa yang aku guna. Nak guna pipette je pon aku dah nangis! Tapi positif lagi, ada bagus dia, boleh try macam-macam kaedah nanti kalau keja kena guna barang lama atleast aku tak kekok. Dulu dekat chendering takde machine yang canggih macam HPLC la contoh. So, kitorang akan menumpang kampus lain, kitorang ke Tapah untuk buat experiment. Kat sana, aku kenal HPLC (autosampler), sekali duk Jengka HPLC manual. Yang ni pon aku culture shock hahah aduhlaa. Tapi bagusla, boleh faham dengan mendalam pasal instrument. Kalau guna autosampler senang je, kau buat sample then letak dalam instrument tunggu result. Ni yang manual, semua kau kene buat. O yeah lagi experience kita dapat.

Kat Jengka, guna pump ni untuk pipette (susah nak handle)
Kat Chendering guna yang ni, senang nak handle dan equilibrate
Dulu sebelum masuk lab, kene buat jotter. Degree pon same cuma orang kat sini panggil pre-lab. Mula2 aku tercengang-cengang apa pulak pre-lab, sebab kalau dulu masa diploma pre lab ni kite jawab question, kita assume apa result yang kita akan dapat, kenapa? Biasa kene soal by group. Tapi kat sini, dorang panggil jotter (yang kena lukis step experiment) sebagai pre lab. So, memang kena biasakan diri dengan term baru ni. Duhh. Ohh satu lagi, dulu mase dip, kene buat lab report taip pakai laptop. Tapi degree kat sini pakai tangan ye anak-anak. Penat mak nulis discussion pakai tangan. Tapi kawan aku yang study degree Shah Alam pon cakap dorang buat report guna tangan. Mungkin level degree pakai tangan kot, mungkin nak elak plagiarize atau directly copy paste internet kot. (positif lagi aku ni)

2. NOTES
Dulu diploma nota nipis-nipis je dalam bentuk handout slides. Nota directly dari lecturers. Degree ni perghh tebal gile! Paling tebal diploma sama dengan paling nipis degree. Lepas tu, dulu notes dalam bentuk slides/powerpoint, degree level lain wehh diorang pakai Words! Ce bayang wehh bapak tebal weh nota penuh tulisan! Gambar dua tiga je ada. Nak compared dengan diploma? Fuhh sekarang aku tengok balik nota diploma, dah macam level sekolah rendah, gambar banyak tulisan sikit je. Yang aku bengang, nota tebal2, bila test especially paper final. Yang masuknye secoet je, yang paling aku tak ambil berat yang keluar. Kau rasa??? (nampak sangat niat belajar sebab nak exam). Lepas ni aku kene ubah strategi belajar. Bila degree ni aku perasan, tak semua ilmu kau boleh dapat dalam kelas, kene usaha lebih. Kena cari dari sumber luar, biasanya aku akan tengok nota i-learn dari lecturer kampus lain tapi hampa sebab lebih kurang sama je isi nota. So, biasanya ilmu lebih ni aku dapat masa buat assignment dengan lab report so make sure buat elok-elok dan faham apa yang perlu ada dalam task tu. Jangan main tiru directly dari internet (aku pantang spesies ni).

3. THIRD LANGUAGE
Aku dapat bahasa arab sebagai bahasa ketiga. Mostly budak sains dapat arab. Budak bussiness belajar mandarin. Alhamdulillah so far so good. I love arabic dan memang masa diploma aku ada niat nak belajar arab so bila dapat peluang ni rasa happy. Tu la hikmah dapat Jengka sebab kampus lain, Shah Alam dorang belajar bahasa Korea, kawan aku happy ah sebab dia peminat kpop. Ak bekas peminat je hahah, so tak jeles mane laa dorang duk belajar hangul tu.

4. KOLEJ
Diploma dulu kolej percuma, cuma kena daftar barang elektrik dan bayar RM10/unit barangan elektronik. Masuk degree, kolej berbayar ya. Kalau ikut dalam surat tawaran, pelajar degree tak disediakan kemudahan kolej tapi ade disediakan sebenarnya. Pihak UiTM tak sekejam itu, dorang sediakan kemudahan selesa untuk pelajar dia. Walaupon berbayar, bersyukurlah, sebab murah je nak banding dengan menyewa kat luar. Bayaran hanya sebanyak RM 210 (4++ orang/bilik) dan RM400 (2 orang/bilik). NI bayaran untuk satu semester bukan sebulan ye. Murah yee chuolls dahla free wifi dalam kampus dekat nak gi kelas, kafe makanan murah nak banding kedai makan kat luar. Bersyukurlah.

Tu je kot apa yang beza antara diploma dengan degree di tempat yang berbeza, kalau ada lagi yang extra, nanti aku tambah balik. Walaupon aku masih teringat Chendering, aku kene move on sebab sekarang aku pelajar kampus Jengka, kene mula mencintai Jengka hahh. I'm looking forward on creating memories in Jengka.