Tahun 2019 adalah tahun yang paling bermakna seumur hidup aku dan takkan dilupakan sampai bila-bila.
Antara yang akan aku semat dalam ingatan aku adalah Pemergian Ibu kesayangan aku. Syurga aku yang telah pergi tinggalkan kami semua pada 10 Oktober 2019. Ianya merupakan satu kehilangan yang paling besar bagi keluarga kecil kami. We're lost for a month.
Bila aku singkap balik segala apa yang terjadi. Tahun 2019 memang penuh dengan warna, suka duka semua nya terkandung dalam satu tahun ini. Apa yang dapat aku simpulkan, benarlah kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam.
---------------------------------------------------------------------
So kat sini aku ringkas kan timeline bagi tahun 2019 dalam kehidupan seorang Nur Amirah Azmi:
JANUARY 2019:
11/1/2019:
Its the day I submitted my hardbound thesis
Hari yang sangat bermakna bagi aku. This day marked THE END OF MY STUDENT LIFE. No more books, no more classes, no more notes, no more student title. Like finally selepas 17 tahun belajar (since darjah 1), akhirnya aku dah takpayah serabut kepala kene belajar macam-macam & hadap exam. Permulaan fasa kedewasaan bagi aku. Nervous & excited semua ada.
12/1/2019:
The day I left UiTM Jengka for good.
Bayangkan 21 tahun aku hidup di Terengganu, rumah aku pula berhadapan pantai lepas tu 5minit je dah sampai Bandar Kuala Terengganu. Bayangkan setiap malam sebelum tidur, memang aku dapat dengar bunyi ombak menghempas pantai. Tetiba ehh masuk degree dapat kampus Jengka yang dikelilingi ladang kelapa sawit yang memang jauh dari pantai la senang cerita. Serius aku culture shock sikit.
So bila like finally hari aku tinggalkan Bandar Jengka for good, perasaan aku bercampur baur. Tapi semestinya perasaan paling tak dapat dibendung mestilah happy. Like finally aku dah tak terperuk kat sini, finally aku boleh balik ganu, lihat dunia luar. Sedih tu mestilah ada tapi sikit jelah, sebab yang penting aku dah dapat bersama family tersayang aku.
MARCH 2019:
9/3/2019:
It was my best friend's meaningful moment in her life: Dayah's Engagement Day
Bagi aku, ini hari bermakna bagi aku sebab Dayah buat gila suruh aku mekap kan dia pada hari pertunangan dia. Sejujurnya, aku bukanlah seorang makeup artist dan bukan seorang profesional. Tapi boleh la sikit-sikit mekap tu. Tapi mengenangkan kawan baik aku sorang ni selalu tolong aku & selalu ada tika susah & senang. Jadi aku setuju jelah untuk mekap kan dia. Gila tak nervous nak mekap orang untuk hari penting dia. So alhamdulillah everything went well cumanya kening dia jelah tak sama saiz. Ahhahah nasibla yah. Untuk majlis dia, aku datang awal sehari taw, tolong potong bawang, potong sayur, siapkan tudung dia semualahh. Thank you dayah untuk kenangan ni.
![]() |
Dayah & Bridesmaids |
14/3/2019:
Ibu's appointment at HUSM Kubang Kerian with the specialist for her Breast Cancer case
Ibu beritahu kitorang yang doktor cakap kat dia, result semua nampak baik, takde nampak yang tak normal. So memandangkan keadaan ibu yang takde masalah, doktor tangguhkan tarikh next appointment lama sikit sehingga ke bulan September tahun ni. So kami semua sangatlah happy dengan perkhabaran baik ni. Sebenarnya ni first time aku teman ibu follow up HUSM sebab sebelum ni aku kat uni belajar. So ibu pergi sorang je jumpa doktor, ayah tunggu kat hotel biasanya sebab ayah pun tak larat sangat nak tunggu lama-lama kat hospital. Dan aku pun tak sangka itulah kali pertama dan kali terakhir aku teman ibu pergi HUSM.
21/3/2019:
Its the day, Ayohki left us.
Pagi Khamis hampir pukul 4 pagi, Ayohki (ayah kepada ibu) pergi meninggalkan kami semua. Pertama kali dalam hidup aku, kehilangan orang yang terdekat. Sejujurnya, aku takut untuk hadapi benda ni. Aku ada masalah fobia dengan mayat yang dikafankan. Memang dari kecil, ibu takkan bawa aku pergi ziarah orang meninggal sebab aku lemah semangat. Biasanya aku jadi tak boleh tidur sampai makan minggu dan aku jadi nak nangis tanpa sebab setiap malam. Bila terjadinya benda ni, alhamdulillah aku diberi kekuatan, aku jadi kuat, aku boleh hadapi dengan baik. Cumanya, terasa sangat kehilangan orang yang selalu tunggu aku balik kampung yang selalu tanya pasal kehidupan aku yang selalu senyum bila tengok aku gelak. Kaklong rindu ayohki.
Al-fatihah untuk arwah Haji Mohamad Bin Abu Bakar
JUNE 2019:
17/6/2019:
I got my first job (after months of being unemployed) and I have to move out of my hometown!
Alhamdulillah dengan kebenaran kedua ibu bapa aku, aku keluar dari Terengganu dan berhijrah ke Shah Alam, Selangor untuk cari rezeki. Terima kasih 7 Eleven kerana menerima aku menjadi sebahagian dari department penting dorang iaitu department Operation & Sales. First time rasa jadi dewasa, bangun pagi pergi kerja balik malam demi sesuap nasi. Cerita lebih lanjut nanti aku buat post asing.
JULY 2019:
The starting of my mom's bedridden episode.
Pagi 26/7/19, aku tengah bersiap nak pergi kerja. Aku dapat call dari mak saudara aku yang nangis-nangis suruh aku balik ganu hari tu jugak. Aku pelik kenapa. Aku tahu ibu aku tak sihat tapi aku tak expect sampai mak saudara aku cakap ibu dah nazak. Serius aku terkejut campur kesal sebab tak berada disisi ibu masa dia sakit. Aku ambik tiket flight yang paling awal dan alhamdulillah selamat sampai tengahari di ganu dan terus ke hospital. Alhamdulillah keadaan ibu makin stabil dan bermulalah sakit misteri ibu yang tak dapat di diagnos oleh doktor pakar segala jenis penyakit. Ibu warded selama 9 hari dari 26/7 - 3/8.
AUGUST - SEPTEMBER 2019:
Sakit misteri dan rawatan Islam
Setelah 9 hari warded, doktor semua tak dapat diagnos penyakit ibu. Dan sepanjang pemerhatian aku sepanjang jaga ibu kat wad hospital, sakit ibu selalu menyerang dengan kuat bermula lepas asar sehingga magrib dan sebelum subuh. So, kitorang satu family decide untuk cuba rawatan tradisional dan rawatan Islam. Kami telah usahakan bawa Ustaz, Ustazah dan orang berubat kampung pun ada. Alhamdulillah ada perubahan yang baik, ibu dah kurang sakit. Tapi ibu di serang lagi kalini serangan tu guna cara yang lebih kuat.
Pada 31/8/2019. malam merdeka, ibu macam sesak nafas dan kitorang call ambulans untuk bawa ibu ke hospital. Doktor diagnos sel kanser ibu dari bahagian payu dara dah merebak ke bahagian paru-paru sebab tu ibu ada masalah sukar bernafas. So, buat CT Scan untuk check tulang belakang ibu pun ada detect sel kanser kat situ. Doktor cakap dah stage 4. So samada nak buat operation atau kemoterapi terserah pada ibu. Ibu decide untuk taknak buat kedua-duanya. Doktor pun banyak kali tanya, puan tahu kan apa risiko puan ambik ni? Ibu angguk je. Untuk kali kedua ni, ibu warded hampir sebulan lamanya di hospital. Ibu nak balik berubat dengan ustaz sebab ibu dah tak larat nak buat rawatan di hospital sebab keadaan ibu dah lemah, both operation & kemoterapi high risk kat ibu.
OCTOBER 2019:
Ibu was losing herself by days and she left us for His Creator
6/10/2019 (Ahad) adalah hari terakhir ibu bercakap dengan normal dengan anak-anak dia. Last moment bila ibu nak solat asar, angoh yang tolong kat tepi. Ibu dah start merapu. Dia dah tak sedar. Magrib ibu meracau teruk, dia tak kenal aku. Kami call makcik yang last yang ubatkan ibu. Dia cakap ada gangguan, so dia baca ayat-ayat dia. Ibu diam dah, ibu nak air. Makcik tu cakap ibu dehydrate, badan dia kurang air. Better bawa pi hospital. Tapi aku lengahkan sebab dah malam, esoknya kitorang call MA masukkan air melalui drip. MA tu cakap badan ibu dah kering ni, better warded hospital.
8/10/2019 (Selasa) lepas subuh terus call ambulans bawa pi emergency. Berita buruknya, doktor beritahu sel kanser ibu dah merebak ke otak. So kiranya ibu diserang kanser di paru-paru, tulang belakang dan otak pada masa yang sama. Kemungkinan untuk sembuh memang takde langsung. Doktor suruh kami semua bersedia secara mental dan fizikal untuk pemergian ibu.
Sedih memang sedih. Tapi aku redha. Ibu dah lama berjuang untuk lawan sakit kanser diaa. Eversince she was first diagnosed with breast cancer in 2016.
Aku lepaskan dia pergi bertemu Sang Pencipta. Hari-hari aku solat, sujud minta pada Allah supaya permudahkan urusan ibu, supaya ibu pergi pada hari yang baik, disisi ahli keluarga. Aku minta jangan diambil nyawa ibu waktu malam sebab aku sorang je jaga ibu. Aku takut aku blur.
10/10/2019 (Khamis). Alhamdulillah Allah dengar permintaan aku. Ibu pergi tinggalkan kami hampir 12 tengahari di sisi nenek dan bapa saudara aku, adik-adiknya. Alhamdulillah kami semua lepaskan ibu dengan baik, tiada esak tangis yang berlebihan. Kami akur dengan takdir tuhan, Allah SWT.
Ayat yang aku pegang, yang buatkan aku tabah. Few days before she left us, ayah pujuk aku, kaklong jangan sedih, kaklong kena lepaskan ibu pergi. Kita semua makhluk Allah, kita semua diberi pinjam nyawa sekejap. Nanti kita semua pun akan pergi bertemu Allah. Kaklong kene redha, kita semua makhuk Allah. Aku terdiam, cuba menelan kepahitan kebenaran.
Sekarang dah genap 2 bulan ibu pergi. Rumah kami sunyi tanpa gelak ketawa ibu. Selama ni, rumah ni berseri dengan kehadiran ibu, masakan ibu, nyanyian ibu, gurau senda ibu menyakat ayah dan kami adik beradik. Pahit yang sukar ditelan. Baru aku rasa besarnya tanggungjawab aku sebagai anak sulung dan satu-satunya perempuan dalam keluarga. Baru aku tahu betapa besarnya peranan ibu selama ini. Sekarang tugas ibu, dibahagikan sesama kami tiga beradik dan ayah. Hidup mesti diteruskan dan selalu lah berdoa untuk kesejahteraan ibu di dunia sana. Ibu tunggu kaklong kat syurga ye!!
Al-fatihah untuk arwah Siti Rahayu Binti Fatimah
(17/11/1971 - 10/10/2019)
15/10/2019:
Its my Graduation Day!!!
5 hari selepas pemergian ibu adalah Majlis Istiadat Konvokesyen aku. Alhamdulillah secara rasminya aku dah tamat pengajian Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia. Aku tahu ibu mesti nak tengok aku happy jadi aku sambut dengan gembira bersama kawan-kawan dan keluarga tersayang. Perasaan hiba dan sayu aku dapat rasa bila aku masuk dewan. Sebab teringat masa konvo diploma dulu, ibu la orang paling excited rekod video aku sambil jerit-jerit panggil aku. Tapi pada hari konvo degree aku, takde dah suara ibu nak snap gambar dan video aku. Tapi aku tahan air mata keluar dan cuba fokus untuk rasa happy sebab aku dah tamat degree.
Ibu dan ayohki la orang yang paling excited nak pergi majlis konvokesyen aku tapi perancangan Allah lebih baik. Kedua-dua orang aku sayang, Dia ambil dulu. Aku percaya pada Allah, semua ini ada hikmah tersembunyi. Takpe, kita semua hak milik Allah, pinjaman je. Takpe aku redha, alhamdulillah dengan izin Allah aku tamat degree dengan jayanya. Ibu mesti happy kan!
The End of my 2019 memories
--------------------------------------------------------------
Tahun 2019 penuh suka dan duka bagi aku. The good things, aku dah tamat study! The sad things, I lost my ayohki & ibu dalam tahun yang sama. Its okay. Semua ini dah tertulis. Ajal maut semua Allah dah tetapkan, takkan terlewat atau terawal sesaat pun. Benda yang jadi ni buat aku sedar, kita boleh pergi bila-bila je, tak kira usia. Jadi kita kene bersiap sedia sepanjang masa bersama bekalan yang cukup untuk dibawa ke alam sana.
HARAPAN UNTUK 2020:
Aku harap aku dapat rezeki kerja yang terbaik untuk sara hidup family kecil aku. Aku juga harap aku dapat jumpa jodoh cepat-cepat macam yang ibu selalu doakan untuk aku dedulu. Kalau dulu aku tak fikir langsung nak kawin. Bila ibu dah takde ni, aku fikir aku kena ada family, kalau jadi apa-apa kat aku, kalau aku dah takde, hanya doa dari anak-anak je yang dapat bawa masuk kubur. Harta apa semua dah tak penting.
Untuk tahun 2020, aku harap aku jadi lebih matang dari segi emosi dan perbuatan, jadi anak dan kakak yang boleh diharap oleh ayah dan adik-adik. Aku harap aku lebih sihat dan cergas inshaa Allah. Yang paling penting, aku harap aku dapat perbaiki kualiti ibadah aku, hubungan aku dengan Allah, hubungan dengan manusia dan seterusnya dipermudahkan urusan dunia akhirat, inshaa Allah!
Untuk tahun 2020, aku harap aku jadi lebih matang dari segi emosi dan perbuatan, jadi anak dan kakak yang boleh diharap oleh ayah dan adik-adik. Aku harap aku lebih sihat dan cergas inshaa Allah. Yang paling penting, aku harap aku dapat perbaiki kualiti ibadah aku, hubungan aku dengan Allah, hubungan dengan manusia dan seterusnya dipermudahkan urusan dunia akhirat, inshaa Allah!
P.s.: aku harap untuk tahun 2020, aku akan lebih rajin menulis di blog ni, hiks 😉
See you, 2020!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan