Selasa, 24 Disember 2019

Pengalaman Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)

Hai! Assalamualaikum dan salam sejahtera korang!

So disebabkan mood aku baik malam ni sebab aku baru je dapat email dari Bahagian Pengambilan SPA8i, akhirnya aku di panggil temuduga setelah 4 bulan menunggu yaaa! Alhamdulillah syukur pada Allah kerana akhirnya penantian aku dah berakhir, sekarang tiba masanya aku get ready untuk sesi temuduga yang akan dijalankan awal tahun depan, inshaa Allah.

So, kalini aku nak share pengalaman aku seat exam online untuk kemasukan ke perkhidmatan awam. 

Ada pelbagai jenis exam aku dah ambil antaranya:


1. PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA (2017)
  • Jawatan: Penolong Pegawai Farmasi
  • Ada satu bahagian sahaja iaitu Pengetahuan Am (40 minit)
  • Pengetahuan Am ni merangkumi pengetahuan korang dalam bidang sains perubatan contohnya pasal sistem dalam tubuh badan, biologi, teknik pertolongan cemas dan lain-lain
  • Alhamdulillah, untuk exam ni, aku lulus dan ke peringkat seterusnya iaitu ujian psikometrik (soalan psikologi ni dia tanya soalan logik, dorang nak uji perangai korang macamana apa semua sesuai ke tak dengan jawatan tu)
  • Perlu diingatkan, exam ni aku ambil pada tahun 2017. Perubahan mungkin berlaku dan mungkin tak sama dengan soalan exam yang terbaru.
  • Sebab aku ada dengar cerita, ujian psikometrik yang terbaru yang kawan aku ambil pada tahun 2019 agak lain ya dan corak soalan tu ayat dia macam berbelit sikit, so maybe korang boleh cari rujukan yang latest okay.

2. (PSEE) PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR GRED C41: JABATAN ALAM SEKITAR (2019)
  • Kelayakan: Ijazah
  • Ada dua bahagian iaitu: Bahagian B (25 minit) & Bahagian C (20 minit)
  • Untuk Bahagian B: Daya Menyelesaikan Masalah.
  • Untuk penyelesaian masalah ni kalau korang pandai Math, memang korang boleh jawab serius. Tapi jangan berlagak sangat erh. Sebelum exam, makesure korang study, revise balik segala formula dan soalan math level SPM. Kalau korang study betul-betul memang korang akan kira dengan tenang siap ada masa lebih lagi untuk semak balik soalan yang susah tu.
  • Untuk Bahagian C: Kefahaman Bahasa Inggeris
  • Untuk soalan English ni, aku boleh cakap level English dia tinggi gila weh. Bayangkan perkataan yang dorang guna dalam petikan tu, level dia agak tinggi. Aku tak pernah dengar weh. Memang sengih sengih jelah aku depan laptop apa benda laahh perkataan tu.
  • Key untuk soalan English ni, disebabkan korang ada kekangan masa korang takyah bazir masa rajin sangat pi baca the whole petikan. Aku memula tu rajin baca semua taw. Lepastu sedar masa tak cukup, so laju je aku pi skip tengok soalan terus. Pastu baca apa soalan nak, korang carilah jawapan dalam petikan, inshaa Allah jumpa. Lepastu kan barulah aku faham petikan tu cerita pasal apa, hahaha teruk nau english aku
  • Aku exam 22/8/2019, result keluar 29/8/2019, alhamdulillah lulus! So, ambil masa seminggu je dah tahu keputusan. Tapi penantian nak di panggil temuduga tu fuhh. Harini tarikh 23/12/ 2019 baru diorang email untuk temuduga pada 8/1/2020. Lama weh. Jawatan penolong pegawai dorang dah interview lama dah, yang pegawai ni lama benor nok ke panggil, tapi apa pun syukur sebab email tu sampai kat aku.

3. (PSEE) PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (PENGURUSAN STOR): KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (2019)

  • Kelayakan: Diploma
  • Ada dua bahagian iaitu: Bahagian B (25 minit) & Bahagian C (20 minit)
  • Bahagian B (Daya Menyelesaikan Masalah) & Bahagian C (Kefahaman Bahasa Inggeris)
  • Bagi aku, soalan dia lebih kurang sama je macam soalan gred 41 yang aku dah explain kat atas.
  • Cuma bezanya terletak pada level English yang digunakan. Bagi aku English untuk soalan gred 29 ni level medium. Inshaa Allah korang boleh jawab. No worries okay takde perkataan pelik-pelik aku jumpa.
  • Untuk kalini, aku tak berjaya, senang cerita gagal lah.
  • Untuk jawatan ni, calon seramai 87,000 lebih, manakala jawatan kosong dalam 30 lebih. Ni based on apa aku baca update di Facebook rasmi SPA8i. So bagi aku, maybe syarat untuk lulus tu dinaikkan jadi lagi ketat disebabkan calon ramai, jawatan yang ada pun terhad. Exam untuk jawatan berlangsung pun agak lama dalam seminggu, disebabkan jumlah calon yang ramai.

4. (PSEE) PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19: PENGAMBILAN DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI TERENGGANU) (2019)

  • Kalau tengok gred, jawatan ni kelayakan untuk SPM.
  • Tapi aku pelik camana aku boleh lepas untuk gred 19. Sebab aku letak kelulusan tertinggi Ijazah, biasanya aku dah takboleh apply untuk gred 19 ni, so gred minimum aku sepatutnya boleh apply adalah taraf diploma iaitu gred 29. Tapi takpe, ini namanya rezeki. Kita cuba je. Dapat tak dapat belakang kira, yang penting pengalaman.
  • So kalini exam ni berbeza dengan exam sebelum ni.
  • Yang pertama, exam kalini takde soalan English so takde lah soalan Bahagian C.
  • Secara keseluruhannya, exam ni ada dua bahagian jugak iaitu bahagian A dan B
  • Bahagian A ialah soalan pengetahuan am. Disebabkan exam aku ni untuk jawatan kemasukan ke perkhidmatan Negeri Terengganu. So, soalan dia 100% tanya pasal negeri Terengganu. Contohnya pasal pemerintah negeri (Menteri Besar, Sultan), agensi di bawah kerajaan Negeri Terengganu, ekonomi dan sosial di Terengganu dan topik lain.
  • Kalau korang dapat jawatan di bawah Jabatan/Kementerian Malaysia, korang akan dapat soalan pasal negara Malaysia lah. Contohnya, bahagian kehakiman, Dewan Negara, pasal sukan pun ada tak silap dan banyak lagi.
  • Untuk Bahagian B, soalan Math sama je macam exam yang di atas, cumanya soalan dia level paling mudah la sebab untuk jawatan gred 19. Yang penting, jangan ambil ringan, study tetap kena study okay!


---------------------------------------------------------------------------------


So, kat mana nak dapat contoh soalan untuk exam di atas ni?

Okay, sejujurnya kalau korang bersungguh macam aku, memang desperate nak lulus sebab yelah nak kerja kerajaan kan. Aku beli ebook secara online. Ebook ni korang boleh search je memang ada dijual. Harga dia RM80 aku beli pakej lengkap untuk Bahagian A, B dan C + bonus tips ke temuduga. Ebook ni sama je walaupun yang jual tu website yang berbeza. Alhamdulillah aku study nota dan soalan tu je, aku dapat jawab dengan baik. So bagi aku berbaloi la beli.

Tapi, kalau korang taknak beli pun takpe. Ada je kawan-kawan aku yang tak beli, tapi still boleh jawab soalan dengan baik. So bagi aku, bergantung pada korang lah. Korang nak beli ke taknak beli ke, aku tak dapat apa pun. Aku cuma share apa yang aku lalui sahaja.


----------------------------------------------------------------------------------


So, kepada calon exam PSEE, korang kena rajin cari sumber untuk study. Korang boleh google di website, blog atau pun di Facebook pun ada orang share contoh soalan. Nak berjaya, kena usaha kan. Yang paling penting, korang jangan cepat putus asa. Walaupun calon ramai, korang rasa insecure ke apa. Percayalah, rezeki tak pernah salah alamat yang penting korang buat yang terbaik, prepare dan study awal inshaa Allah korang boleh buat. Jangan lupa untuk berdoa mohon pada Allah, minta parents doakan jugak.


YANG PENTING JANGAN SESEKALI KORANG MENIPU DENGAN MENIRU YEE!


Korang kena ingat, ni exam nak masuk kerja. Kalau korang berjaya dengan cara yang haram, cara yang salah. Duit yang korang dapat pun jadi tak cantiklah datang dari cara yang salah. Keberkatan tu susah nak dapat. Dan kalau korang berjaya dapat kerja dengan cara yang baik dengan usaha korang. Alhamdulillah, kekalkan dengan peribadi yang baik, bekerja dengan ikhlas dan elakkan rasuah.


Doakan aku jugak untuk sentiasa konsisten istiqomah dan sentiasa berada di landasan yang betul. Paling penting doakan aku berjaya sesi temuduga nanti taw, Aminn!!

Sekian. ❤️

Isnin, 23 Disember 2019

Reviewing My 2019 & New Hopes for 2020!

Tahun 2019 adalah tahun yang paling bermakna seumur hidup aku dan takkan dilupakan sampai bila-bila.

Antara yang akan aku semat dalam ingatan aku adalah Pemergian Ibu kesayangan aku. Syurga aku yang telah pergi tinggalkan kami semua pada 10 Oktober 2019. Ianya merupakan satu kehilangan yang paling besar bagi keluarga kecil kami. We're lost for a month.

Bila aku singkap balik segala apa yang terjadi. Tahun 2019 memang penuh dengan warna, suka duka semua nya terkandung dalam satu tahun ini. Apa yang dapat aku simpulkan, benarlah kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam.


---------------------------------------------------------------------


So kat sini aku ringkas kan timeline bagi tahun 2019 dalam kehidupan seorang Nur Amirah Azmi:



JANUARY 2019:


11/1/2019:

Its the day I submitted my hardbound thesis

Hari yang sangat bermakna bagi aku. This day marked THE END OF MY STUDENT LIFE. No more books, no more classes, no more notes, no more student title. Like finally selepas 17 tahun belajar (since darjah 1), akhirnya aku dah takpayah serabut kepala kene belajar macam-macam & hadap exam. Permulaan fasa kedewasaan bagi aku. Nervous & excited semua ada.

Sebelum submit thesis


12/1/2019:

The day I left UiTM Jengka for good.

Bayangkan 21 tahun aku hidup di Terengganu, rumah aku pula berhadapan pantai lepas tu 5minit je dah sampai Bandar Kuala Terengganu. Bayangkan setiap malam sebelum tidur, memang aku dapat dengar bunyi ombak menghempas pantai. Tetiba ehh masuk degree dapat kampus Jengka yang dikelilingi ladang kelapa sawit yang memang jauh dari pantai la senang cerita. Serius aku culture shock sikit.

So bila like finally hari aku tinggalkan Bandar Jengka for good, perasaan aku bercampur baur. Tapi semestinya perasaan paling tak dapat dibendung mestilah happy. Like finally aku dah tak terperuk kat sini, finally aku boleh balik ganu, lihat dunia luar. Sedih tu mestilah ada tapi sikit jelah, sebab yang penting aku dah dapat bersama family tersayang aku.

Kolej Tok Gajah, UiTM Jengka, Pahang



MARCH 2019:


9/3/2019:

It was my best friend's meaningful moment in her life: Dayah's Engagement Day

Bagi aku, ini hari bermakna bagi aku sebab Dayah buat gila suruh aku mekap kan dia pada hari pertunangan dia. Sejujurnya, aku bukanlah seorang makeup artist dan bukan seorang profesional. Tapi boleh la sikit-sikit mekap tu. Tapi mengenangkan kawan baik aku sorang ni selalu tolong aku & selalu ada tika susah & senang. Jadi aku setuju jelah untuk mekap kan dia. Gila tak nervous nak mekap orang untuk hari penting dia. So alhamdulillah everything went well cumanya kening dia jelah tak sama saiz. Ahhahah nasibla yah. Untuk majlis dia, aku datang awal sehari taw, tolong potong bawang, potong sayur, siapkan tudung dia semualahh. Thank you dayah untuk kenangan ni.

Dayah & Bridesmaids


14/3/2019:

Ibu's appointment at HUSM Kubang Kerian with the specialist for her Breast Cancer case

Ibu beritahu kitorang yang doktor cakap kat dia, result semua nampak baik, takde nampak yang tak normal. So memandangkan keadaan ibu yang takde masalah, doktor tangguhkan tarikh next appointment lama sikit sehingga ke bulan September tahun ni. So kami semua sangatlah happy dengan perkhabaran baik ni. Sebenarnya ni first time aku teman ibu follow up HUSM sebab sebelum ni aku kat uni belajar. So ibu pergi sorang je jumpa doktor, ayah tunggu kat hotel biasanya sebab ayah pun tak larat sangat nak tunggu lama-lama kat hospital. Dan aku pun tak sangka itulah kali pertama dan kali terakhir aku teman ibu pergi HUSM.


21/3/2019:

Its the day, Ayohki left us.

Pagi Khamis hampir pukul 4 pagi, Ayohki (ayah kepada ibu) pergi meninggalkan kami semua. Pertama kali dalam hidup aku, kehilangan orang yang terdekat. Sejujurnya, aku takut untuk hadapi benda ni. Aku ada masalah fobia dengan mayat yang dikafankan. Memang dari kecil, ibu takkan bawa aku pergi ziarah orang meninggal sebab aku lemah semangat. Biasanya aku jadi tak boleh tidur sampai makan minggu dan aku jadi nak nangis tanpa sebab setiap malam. Bila terjadinya benda ni, alhamdulillah aku diberi kekuatan, aku jadi kuat, aku boleh hadapi dengan baik. Cumanya, terasa sangat kehilangan orang yang selalu tunggu aku balik kampung yang selalu tanya pasal kehidupan aku yang selalu senyum bila tengok aku gelak. Kaklong rindu ayohki.

Al-fatihah untuk arwah Haji Mohamad Bin Abu Bakar



JUNE 2019:


17/6/2019:

I got my first job (after months of being unemployed) and I have to move out of my hometown!

Alhamdulillah dengan kebenaran kedua ibu bapa aku, aku keluar dari Terengganu dan berhijrah ke Shah Alam, Selangor untuk cari rezeki. Terima kasih 7 Eleven kerana menerima aku menjadi sebahagian dari department penting dorang iaitu department Operation & Sales. First time rasa jadi dewasa, bangun pagi pergi kerja balik malam demi sesuap nasi. Cerita lebih lanjut nanti aku buat post asing.

First meeting di HQ 7 Eleven



JULY 2019:

The starting of my mom's bedridden episode.

Pagi 26/7/19, aku tengah bersiap nak pergi kerja. Aku dapat call dari mak saudara aku yang nangis-nangis suruh aku balik ganu hari tu jugak. Aku pelik kenapa. Aku tahu ibu aku tak sihat tapi aku tak expect sampai mak saudara aku cakap ibu dah nazak. Serius aku terkejut campur kesal sebab tak berada disisi ibu masa dia sakit. Aku ambik tiket flight yang paling awal dan alhamdulillah selamat sampai tengahari di ganu dan terus ke hospital. Alhamdulillah keadaan ibu makin stabil dan bermulalah sakit misteri ibu yang tak dapat di diagnos oleh doktor pakar segala jenis penyakit. Ibu warded selama 9 hari dari 26/7 - 3/8.



AUGUST - SEPTEMBER 2019:

Sakit misteri dan rawatan Islam


Setelah 9 hari warded, doktor semua tak dapat diagnos penyakit ibu. Dan sepanjang pemerhatian aku sepanjang jaga ibu kat wad hospital, sakit ibu selalu menyerang dengan kuat bermula lepas asar sehingga magrib dan sebelum subuh. So, kitorang satu family decide untuk cuba rawatan tradisional dan rawatan Islam. Kami telah usahakan bawa Ustaz, Ustazah dan orang berubat kampung pun ada. Alhamdulillah ada perubahan yang baik, ibu dah kurang sakit. Tapi ibu di serang lagi kalini serangan tu guna cara yang lebih kuat.

Pada 31/8/2019. malam merdeka, ibu macam sesak nafas dan kitorang call ambulans untuk bawa ibu ke hospital. Doktor diagnos sel kanser ibu dari bahagian payu dara dah merebak ke bahagian paru-paru sebab tu ibu ada masalah sukar bernafas. So, buat CT Scan untuk check tulang belakang ibu pun ada detect sel kanser kat situ. Doktor cakap dah stage 4. So samada nak buat operation atau kemoterapi terserah pada ibu. Ibu decide untuk taknak buat kedua-duanya. Doktor pun banyak kali tanya, puan tahu kan apa risiko puan ambik ni? Ibu angguk je. Untuk kali kedua ni, ibu warded hampir sebulan lamanya di hospital. Ibu nak balik berubat dengan ustaz sebab ibu dah tak larat nak buat rawatan di hospital sebab keadaan ibu dah lemah, both operation & kemoterapi high risk kat ibu.



OCTOBER 2019:

Ibu was losing herself by days and she left us for His Creator

6/10/2019 (Ahad) adalah hari terakhir ibu bercakap dengan normal dengan anak-anak dia. Last moment bila ibu nak solat asar, angoh yang tolong kat tepi. Ibu dah start merapu. Dia dah tak sedar. Magrib ibu meracau teruk, dia tak kenal aku. Kami call makcik yang last yang ubatkan ibu. Dia cakap ada gangguan, so dia baca ayat-ayat dia. Ibu diam dah, ibu nak air. Makcik tu cakap ibu dehydrate, badan dia kurang air. Better bawa pi hospital. Tapi aku lengahkan sebab dah malam, esoknya kitorang call MA masukkan air melalui drip. MA tu cakap badan ibu dah kering ni, better warded hospital.

8/10/2019 (Selasa) lepas subuh terus call ambulans bawa pi emergency. Berita buruknya, doktor beritahu sel kanser ibu dah merebak ke otak. So kiranya ibu diserang kanser di paru-paru, tulang belakang dan otak pada masa yang sama. Kemungkinan untuk sembuh memang takde langsung. Doktor suruh kami semua bersedia secara mental dan fizikal untuk pemergian ibu.

Sedih memang sedih. Tapi aku redha. Ibu dah lama berjuang untuk lawan sakit kanser diaa. Eversince she was first diagnosed with breast cancer in 2016.

Aku lepaskan dia pergi bertemu Sang Pencipta. Hari-hari aku solat, sujud minta pada Allah supaya permudahkan urusan ibu, supaya ibu pergi pada hari yang baik, disisi ahli keluarga. Aku minta jangan diambil nyawa ibu waktu malam sebab aku sorang je jaga ibu. Aku takut aku blur.

10/10/2019 (Khamis). Alhamdulillah Allah dengar permintaan aku. Ibu pergi tinggalkan kami hampir 12 tengahari di sisi nenek dan bapa saudara aku, adik-adiknya. Alhamdulillah kami semua lepaskan ibu dengan baik, tiada esak tangis yang berlebihan. Kami akur dengan takdir tuhan, Allah SWT.

Ayat yang aku pegang, yang buatkan aku tabah. Few days before she left us, ayah pujuk aku, kaklong jangan sedih, kaklong kena lepaskan ibu pergi. Kita semua makhluk Allah, kita semua diberi pinjam nyawa sekejap. Nanti kita semua pun akan pergi bertemu Allah. Kaklong kene redha, kita semua makhuk Allah. Aku terdiam, cuba menelan kepahitan kebenaran.

Sekarang dah genap 2 bulan ibu pergi. Rumah kami sunyi tanpa gelak ketawa ibu. Selama ni, rumah ni berseri dengan kehadiran ibu, masakan ibu, nyanyian ibu, gurau senda ibu menyakat ayah dan kami adik beradik. Pahit yang sukar ditelan. Baru aku rasa besarnya tanggungjawab aku sebagai anak sulung dan satu-satunya perempuan dalam keluarga. Baru aku tahu betapa besarnya peranan ibu selama ini. Sekarang tugas ibu, dibahagikan sesama kami tiga beradik dan ayah. Hidup mesti diteruskan dan selalu lah berdoa untuk kesejahteraan ibu di dunia sana. Ibu tunggu kaklong kat syurga ye!!

Al-fatihah untuk arwah Siti Rahayu Binti Fatimah
(17/11/1971 - 10/10/2019)


15/10/2019:

Its my Graduation Day!!!

5 hari selepas pemergian ibu adalah Majlis Istiadat Konvokesyen aku. Alhamdulillah secara rasminya aku dah tamat pengajian Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia. Aku tahu ibu mesti nak tengok aku happy jadi aku sambut dengan gembira bersama kawan-kawan  dan keluarga tersayang. Perasaan hiba dan sayu aku dapat rasa bila aku masuk dewan. Sebab teringat masa konvo diploma dulu, ibu la orang paling excited rekod video aku sambil jerit-jerit panggil aku. Tapi pada hari konvo degree aku, takde dah suara ibu nak snap gambar dan video aku. Tapi aku tahan air mata keluar dan cuba fokus untuk rasa happy sebab aku dah tamat degree.

Ibu dan ayohki la orang yang paling excited nak pergi majlis konvokesyen aku tapi perancangan Allah lebih baik. Kedua-dua orang aku sayang, Dia ambil dulu. Aku percaya pada Allah, semua ini ada hikmah tersembunyi. Takpe, kita semua hak milik Allah, pinjaman je. Takpe aku redha, alhamdulillah dengan izin Allah aku tamat degree dengan jayanya. Ibu mesti happy kan!

Alhamdulillah, Graduated!


The End of my 2019 memories

--------------------------------------------------------------


Tahun 2019 penuh suka dan duka bagi aku. The good things, aku dah tamat study! The sad things, I lost my ayohki & ibu dalam tahun yang sama. Its okay. Semua ini dah tertulis. Ajal maut semua Allah dah tetapkan, takkan terlewat atau terawal sesaat pun. Benda yang jadi ni buat aku sedar, kita boleh pergi bila-bila je, tak kira usia. Jadi kita kene bersiap sedia sepanjang masa bersama bekalan yang cukup untuk dibawa ke alam sana.



HARAPAN UNTUK 2020:


Aku harap aku dapat rezeki kerja yang terbaik untuk sara hidup family kecil aku. Aku juga harap aku dapat jumpa jodoh cepat-cepat macam yang ibu selalu doakan untuk aku dedulu. Kalau dulu aku tak fikir langsung nak kawin. Bila ibu dah takde ni, aku fikir aku kena ada family, kalau jadi apa-apa kat aku, kalau aku dah takde, hanya doa dari anak-anak je yang dapat bawa masuk kubur. Harta apa semua dah tak penting.

Untuk tahun 2020, aku harap aku jadi lebih matang dari segi emosi dan perbuatan, jadi anak dan kakak yang boleh diharap oleh ayah dan adik-adik. Aku harap aku lebih sihat dan cergas inshaa Allah. Yang paling penting, aku harap aku dapat perbaiki kualiti ibadah aku, hubungan aku dengan Allah, hubungan dengan manusia dan seterusnya dipermudahkan urusan dunia akhirat, inshaa Allah!


P.s.: aku harap untuk tahun 2020, aku akan lebih rajin menulis di blog ni, hiks 😉

See you, 2020!

Jumaat, 24 Mei 2019

Raya 2019: Wow!! Baju Kurung Bawah RM100!!

Bismillah...

Alhamdulillah, harini dah masuk hari ke 18 Ramadhan, dah tak lama nak raya kan. Aura raya tu semestinya dah terasa. Lebih-lebih lagi kalau korang jalan-jalan dalam mall ke, naik kereta ke, even korang scroll timeline social media pon dah terasa semangat raya tu. Dengan lagu rayanya, kuih raya, baju raya semuaaaa laaaa.

Sempena nak raya ni, aku nak share kat korang kat mana nak cari baju raya dengan harga yang berpatutan, cantik dan inshaa Allah berkualiti. Aku ni memang sejenis suka barang murah tapi kualiti mantap. Lebih-lebih lagi aku ni student je, income pon takde. So, kena berbelanja dengan berhemah.

Biasanya bajet aku sepasang baju raya tu aku bajet dalam RM100 ke bawah la sebab setiap tahun parents aku akan bagi bajet RM200 untuk persiapan raya setiap seorang anak. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Semoga rezeki mak ayah aku berlipat ganda inshaa Allah, amin.

So, kat bawah ni list kedai yang aku dah survey harga nya. Ni bukan paid review. Ni pengalaman aku dan kawan-kawan aku yang pernah membeli di kedai-kedai di bawah. Takde sponsor dari mana-mana pihak. Aku share sebab aku tahu ramai lagi orang kat luar sana especially student atau sesiapa yang bajet tak berapa meriah macam aku ni, yang tak tahu masih ada kedai-kedai yang menjual pakaian murah tapi kualiti tiptop! Kalau korang tahu kedai lain lagi, boleh bagi suggestion, nanti aku survey untuk next time pulakk, inshaa Allah ☺️



Dorang pon ada instagram account jugak boleh cari armar_collection

Aku tahu pasal kedai ni dari classmate aku. Semua yang pernah beli dari kedai ni cakap kain baju kurung cotton dari Armar Collection ni memang terbaik, sejuk je pakai dan tak panas nak ke kelas. Material kain baju kurung tu pon cantik, tak jarang dan selesa di pakai. Aku agak terkesan dengan dorang punya review tu, sampaikan aku memilih baju kurung kain cotton dari Armar Collection sebagai baju pilihan aku untuk raya tahun lepas 😆

Aku pilih Dolly Peplum. Tahun lepas aku beli harga RM89 (masih bawah RM100)

Alhamdulillah, aku pon sangat berpuas hati la dengan kain baju kurung tu memang tak jarang, selesa, serap peluh dan yang paling penting semua orang puji aku cantik dan nampak kurus pada hari itu hahaha 😆

Baju dari Armar Collection ada sehingga saiz 42 - 44. So korang yang bersaiz lebih kurang aku boleh la beli kat sini. Yang lagi besar dari aku korang boleh try kedai kat bawah ni ⬇️


2. Karabum

Website Karabum

Karabum ni aku tak pernah try lagi baju kurung dorang. Aku selalu berniat nak beli tapi dorang punya customer & order terlalu ramai sampaikan mungkin dorang tak nampak aku punya message 😩

Tapi aku boleh nampak ramai student kat kampus aku, kawan-kawan bekas tempat kerja aku, dan ramai lagi pakai baju dari Karabum ni. So aku memang expect baju dorang mesti tiptop punya. Sampaikan seorang dari housemate aku semua baju kurung dia dari Karabum, dia cakap kain baju kurung dorang memang cantik dan material kain pon best. So korang try laaaa, aku maybe next raya kot inshaa Allah nak beli dengan Karabum 😆

Oh yaa dorang pon ada account Instagram karabum.fabulous Tapi aku tak sure sempat ke tak kalau korang nak order sebab last date order harini dahh 😢 Sorry taw lambat bagitahu.

By the way, the best thing yang aku suka dengan Karabum, dorang ada sediakan baju plussize untuk orang-orang gemuk macam aku ni. Aku faham korang yang senasib dengan aku, susah kan nak cari baju raya yang cantik dan murah sebab biasanya plussize mesti mahal. Korang jangan bimbang Karabum ada jual baju kurung cotton cantik-cantik untuk wanita istimewa seperti kita. Korang boleh usha Instagram account plussize_karabum.plus




Baju raya aku tahun ni, aku pilih Color Blast Closet sebab macam biasa aku nak cari baju yang kembang di perut untuk cover kebuncitan aku. Aku dah cari dah kedai lain tapi sedihnya takde weh sebab aku nak cari baju kurung bercorak tapi kembang.

Aku  nak warning awal-awal ni, makesure korang baca details baju yang korang berkenan nak beli tu taw. Jangan jadi macam aku 😢 Aku pilih baju corak batik dan aku ingat kain tu jenis cotton sekali sampai rumah, kain jenis licin. So salah aku laa sebab tak baca details elok-elok. Padan muka aku. Tapi kain dia ok je cuma aku sedih laa sebab aku tak berapa selesa dengan kain licin.

Tapi so far kawan dan mak saudara aku pernah beli dari Color Blast Closet dan dorang sangat berpuas hati sampai ada yang repeat order. Baju dorang ada sehingga saiz 42 - 44.

Yang nak usha melalui account Instagram boleh click colorblastcloset



Website Petaleaf

Haaa ni satu lagi kedai yang aku usha hampir setiap hari. Aku memang peminat kain cotton sebab aku jenis yang berpeluh dan semestinya kain cotton pilihan terbaik lah. Aku selalu usha, kot dorang nak keluarkan lagi baju kembang di perut. Tapi malangnyaa takde. Aku harap next time, dorang keluarkan laa untuk orang macam aku ni....

Petaleaf ni aku tak boleh nak komen sangat sebab aku tak pernah beli dan kawan-kawan aku pon sama jugak. Tapi serius design, corak baju dorang cantik wehhh dahla murahh. Serius aku nak beli tapi tu laa takde design kembang-kembang laa pulak. Yang ada pon dah sold out.

Dolly Kurung ni habis la pulakk

Kalau korang peminat baju kurung cotton macam aku, boleh la ushaa website dorang sebab banyak je lagi design atau style lain yang cantik-cantik. Nak usha Instagram account dorang boleh pergi petaleaf



Website  J.Labella Atelier

Kalau korang bukan peminat kain cotton macam aku atau ada yang nak cari baju nampak exclusive tapi affordable. Korang boleh usha kedai  J.Labella Atelier ni.

Untuk koleksi lebaran tahun 2019, aku dah tengok harga dorang, mostly bawah RM200. Tapi kalau korang jenis tak kisah pasal fesyen, nak cari baju yang cantik bergaya di hari raya. Korang boleh usha koleksi raya tahun lepas. Macam aku, memang tak kisah, lantakla design tahun lepas asalkan dalam bajet aku (bawah RM100). Bukan orang tahu pon 😆 Yang penting aku nampak cantik dan letop di mata aku dan  semestinyaa kena laa selesa dipakai jugak.

Kalau korang nak tengok lebih details baju kurung dari kedai ni, haaa ada video taw model pakai pusing-pusing, closeup material kain semua ada laaa. Pi usha Ig account j.labellaatelier



Website EJ STYLE

Last kedai aku nak suggest kat korang adalah EJ STYLE. So haritu, aku terpandang classmate aku sorang ni pakai dress atau jubah macam tu laa. Cantik sangat wehh. Aku suka tengok sebab kain dia bercorak, mula-mula aku ingat dia pakai baju kurung. Bila kawan aku ni berdiri dan berjalan baru la perasan dress atau jubah ke, aku tak sure tapi serius cutting dia lawa gilaaa, lepastu sangat flowy. Nampak macam princess wehh.

So aku usha la tanya, rupanya dia beli kat kedai EJ STYLE cawangan Jengka (aku study UiTM Jengka). So, aku macam down laa sebab aku susah nak keluar ke kedai sebab aku takde transport, dorang takpe ada motor. Tapi rupa-rupanya aku baru tahu yang dorang ada website, so aku boleh beli online!!! 😝

So, dalam target aku memang nak sebat dress atau jubah dari kedai ni laa. Tapi dorang pon ada jual jugak baju kurung. Korang pi la usha. Mana tahu ada yang berkenan ke kan. Nak usha Ig pon boleh search je ej style. Aku tak masukkan link sebab aku tak tahu mana satu official account. Tapi dorang ada ramai agent, so pilihla mana-mana korang berkenan k 😉


----------------------------------------------------------------------------------------------


Itu sahaja dari aku. Aku minta maaf kalau dalam post ni ada mengguris hati sesiapa atau mana-mana pihak. Aku buat post ni untuk tolong korang yang ada masalah sama dengan aku, yang nak beraya nak cantik macam orang lain jugak kann walaupon duit tak banyak macam yang lain. So aku mohon maaf jugak kalau post aku ni tak membantu langsung korang. Maaf salah silap aku ye korang, aku baru nak berjinak balik ni dengan blogging, so mungkin ada kesilapan teknikal di mana-mana. Maafkan saya yee.

Akhir kata, selamat shopping last minute!! Korang ada masa lagi 6 hari sebelum last postage oleh Poslaju (Tarikh akhir postage sebelum raya: 30 Mei 2019). 


SELAMAT HARI RAYA !!!
MAAF ZAHIR & BATIN !!

❤️❤️❤️