Ahad, 8 November 2020

Temuduga Latihan Separa Perubatan (SPA8i) sebagai Penolong Pegawai Farmasi

Hai!
Assalamualaikum semua


Maaf sebab lambat sangat update post ni. 3 bulan lepas aku masuk belajar balik, so aku memang fokus situ je, yang mana aku akan share jugak dalam post seterusnya.


So, kalini seperti korang boleh baca tajuk post ni, aku nak share tentang pengalaman aku ditemuduga untuk kemasukan ke Latihan Separa Perubatan sebagai Penolong Pegawai Farmasi pada tahun 2017. Ya, sudah 3 tahun berlalu, tapi aku nak share jugak incase dapat bantu sedikit sebanyak calon temuduga untuk jawatan ni.


Post kalini aku buat ringkas je sebab aku pun dah lupa banyak detail, so aku akan share yang mana aku ingat sahaja. Maaf yaa.


Dalam post ni, aku akan share tentang soalan yang ditanya oleh penemuduga kepada aku.


Soalan berkaitan diri sendiri:

1. Soalan Wajib: Perkenalkan diri

2. Latar Belakang Akademik atau Pendidikan


Soalan berkaitan jawatan:

1. Pernah tak jumpa Penolong Pegawai Farmasi di hospital?

2. Kalau pernah, baju dorang pakai warna apa?

3. Dorang ni sebenarnya bertugas di mana? Adakah berhadapan dengan pesakit atau bekerja di belakang tabir?

4. Apakah skop kerja sebagai seorang Penolong Pegawai Farmasi?

5. Apakah ubat beserta dos yang akan diberi kepada:
- pesakit yang demam?
- pesakit yang batuk?

6. Jika pesakit luka, apa ubat yang digunakan?

7. Siapakah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia? Nyatakan nama penuh beserta pangkat dan panggilan hormat.

8. Nyatakan sebab kenapa anda yang patut kami pilih?


Ni lah antara soalan yang aku dapat ketika itu. Sebelum hadir interview ni, aku pernah tanya kawan aku yang dah memang berjaya dan dah kerja dah pun sebagai Penolong Pegawai Farmasi melalui Latihan Separa Perubatan ni, dan dia share kat aku soalan yang sama aku dapat. Jadinya aku rasa soalan yang akan ditanya pada calon lain pun mungkin lebih kurang sama je.


Sebenarnya aku rancang nak bagi jawapan sekali tapi sebab dah lama sangat interview ni, 3 tahun lepas sudah. Jadinya aku lupa semua jawapan untuk soalan ni. Korang cuba lah riki-riki jawapan kepada soalan ni dengan orang yang lebih tahu ya!


Jadinya, kepada calon yang bakal hadir temuduga untuk jawatan ni, aku ucapkan goodluck dan selamat maju jaya!


Sekian.

Isnin, 13 Julai 2020

Temuduga Pegawai Gred C41 dan Susunan Sijil SPA8i

Hai!
Assalamualaikum semuaaa...

Harini, aku nak share dengan korang pengalaman aku menghadiri temuduga kerajaan atau perkhidmatan awam di bawah SPA8i untuk Jabatan Alam Sekitar yang telah berlangsung pada 8 Januari 2020.

Temuduga yang aku hadiri ni adalah untuk jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C41, yang aku mohon menggunakan sijil Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia, di mana minor course degree aku dulu adalah Sains Alam Sekitar & Teknologi beserta OSHA.

Disebabkan sebelum ni, aku dah pernah hadir temuduga kerajaan, so aku macam rileks sikit laa sebab dah tahu suasana dan perjalanan temuduga tu. Lebih-lebih lagi kalini aku ditemuduga di tempat yang sama, di Pusat Temuduga SPA8i Kuala Terengganu.

So, aku akan share perjalanan aku dari awal sehingga ke akhirnya dengan harapan dapat membantu calon SPA8i yang lain mendapat gambaran kasar tentang apa yang berlaku pada hari tersebut.



-------------------------------------------------------------------------



PERSIAPAN SEBELUM TEMUDUGA


1. Study soalan yang akan ditanya oleh penemuduga

i)      Skop kerja jawatan yang kita pohon. Korang boleh google jawapan ni di laman web rasmi SPA8i

ii)    Isu semasa yang berkaitan jawatan. Contohnya untuk Pegawai Kawalan Alam Sekitar, aku baca berita terkini berkaitan kes pencemaran yang berlaku di Malaysia, seperti pencemaran sungai (punca & cara penyelesaian)

iii)    Fakta atau basic knowledge yang berkaitan dengan bidang pekerjaan. Untuk jawatan ni, aku ada study tentang Akta Kualiti Alam Sekitar atau lebih dikenali sebagai AKAS atau EQA. Kemudian, aku ada jugak baca tentang Environmental Impact Assessment (EIA), apa keperluan & kepentingannya.

Biasanya topik-topik yang aku study ni adalah based on apa yang aku jumpa di internet melalui blog penulisan pengalaman oleh calon temuduga yang lepas.


2. Persiapan sijil dan dokumen penting

i)    Sijil asal atau original disusun dalam fail. Manakala salinan sijil disusun bersama resume. Sijil perlu lah disusun dengan betul (susunan dari yang terkini sehingga terdahulu, e.g. 2020 - 2016)

ii)     Aku banyak terjumpa tips di blog atau facebook sebelum ni, untuk buat divider atau pun pembahagi sebab nak bagi nampak kemas. So, aku buatlah.


Ni contoh kalau korang google Divider Fail Temuduga


Last-last aku dimalukan depan calon lain, kena bebel teruk. Masih terngiang-ngiang suara pegawai di kaunter pendaftaran cakap, "Siapa ajar awak ni? Jangan nak memandai-mandai buat pembahagi semua ni." Hahahaha malu weh serius.

By the way, sebelum aku pergi temuduga, aku dah pernah terbaca kat post FB, ada calon temuduga di negeri lain pun ada share di ruangan komen, dia cakap dia pun sama pernah ditegur dan dibebel di depan orang ramai sebab buat divider. So, bukan aku sorang jelah yang kena. Hahahhahaha.

So korang, kalau taknak kena bebel, jangan buat k. Kalau nak buat juga, suka hati korang lah, buat jela, mana tahu kot tempat korang pergi tu tak kisah pasal divider. Yalah, tempat temuduga kita berbeza so mungkin, siapa tahu cara pegawai kat sana pun berbeza. Tapi ni adalah pengalaman aku.

Lepas tu memang aku tak buat dah & alhamdulillah untuk temuduga kerajaan seterusnya dibawah SPNT, aku dah tak buat divider. Dan aku la calon paling awal siap bila sampai check sijil. Siap kena puji, sebab susunan semua okay takde kena baiki ke apa.


iii)    Susunan sijil yang betul (mengikut pegawai di kaunter pendaftaran SPA8i)


Depan sekali, IC ori klipkan sekali dengan surat beranak ori


Page kedua, Sijil SPM & Ijazah


Next page, Transkrip Ijazah


Next, sijil berhenti sekolah & sijil MUET (kalau ada)


Lepastu, sijil kokurikulum korang


Page last sekali, letak salinan emel panggilan temuduga




PADA HARI TEMUDUGA


Pemakaian calon

Calon digalakkan memakai pakaian yang dapat membuatkan diri nampak professional, berkredibiliti dan layak menjadi seorang pegawai kerajaan. Kalau korang ada blazer atau kot, pakailah. Baru nampak smart. Kalau ada name tag, pakailah lagi senang penemuduga nak ingat dan kenal muka korang.

Untuk calon perempuan, korang digalakkan memakai baju kurung bercorak kosong, elakkan pakai baju bercorak agak heavy, yang bergaya macam peplum ke kembang bawah ke apa ke. Pakai baju kurung kosong je weh. Warna tudung dan baju perlu lah match dan dari tona warna yang lembut, jangan pakai warna garang-garang. Ni antara tips yang aku dapat dari calon lepas dan juga ahli keluarga yang sudah berjaya masuk ke perkhidmatan awam.

Bab pakaian ni senang cerita, pakai pakaian yang kemas & nampak skema tapi professional, yang mana kalau orang pandang, "Oh dia ni mesti kerja kerajaan". Lebih kurang macam tu lah analogi nya.


Sesi temuduga

Untuk pengetahuan korang, temuduga ini adalah secara berkumpulan iaitu group interview. 3 orang calon di panggil masuk dan ditemuduga serentak oleh 2 orang penemuduga, sorang mewakili pihak SPA iaitu Pengerusi dan sorang lagi adalah Wakil Jabatan, dalam kes aku ni, Pengarah Jabatan Alam Sekitar.

Meh la aku share apa soalan yang penemuduga tanya aku dan 2 orang lagi calon pada waktu tu

Soalan dari PENGERUSI (Wakil pihak SPA)

1. Perkenalkan diri masing-masing. (Soalan wajib temuduga)

2. Bayangkan jika anda dah berjaya temuduga ni, diterima menjadi Pegawai Kawalan Alam Sekitar & diminta lapor diri pada pengarah JAS. Sila lakonkan situasi tersebut.

3. Saya mahukan anda membuat satu permintaan terhadap pengarah JAS.

Soalan dari WAKIL JABATAN

Soalan berkaitan latar belakang calon (pendidikan & pengalaman kerja) dan relate dengan jawatan tu. Contohnya:

CALON 1: Seorang pengurus dalam bidang kejuruteraan di bahagian Oil & Gas. Kalau ikutkan kerja di situ lebih besar gajinya, lebih lumayan. Kenapa nak kerja kerajaan yang gajinya lebih kecil?

CALON 2: Mempunyai sejarah permohonan dalam bidang kesihatan & badan beruniform. Penemuduga boleh trace segala maklumat peribadi korang melalui tab masing-masing. Soalan yang diajukan adalah, apa minat awak sebenarnya? Kenapa pilih alam sekitar sedangkan sebelum ni mohon kerja sebagai nurse dan sebagainya. Apa sebenarnya yang awak betul-betul inginkan?

CALON 3 (aku): Awak pilih jawatan ni sebab apa? Sebab kos awak belajar? Sebab ijazah awak? Boleh yakinkan saya yang awak layak untuk jawatan ni? Adakah awak mempunya sijil kompetensi atau sijil kemahiran industri selain sijil ijazah?

Perbincangan dalam kumpulan

Wakil Jabatan display tajuk perbincangan pada tab beliau, 'Pencemaran alam sekitar yang berlaku kini disebabkan pembanguna lestari'

So ketiga-tiga calon mengeluarkan pendapat & idea masing-masing.

Soalan dari PENGERUSI (Wakil pihak SPA)

1. Berikan satu idea inovasi untuk mengubah sikap tidak bertanggungjawab masyarakat kita agar alam sekitar lebih terpelihara dan dapat dijaga pada masa akan datang.

2. Who is Father of Innovation

3. Apa yang awak faham tentang, 'someone who reads a page of book before its written' ?

4. Antara kamu, siapa yang mempunyai kemahiran bahasa ketiga? Espcially Mandarin speaker?



------------------------------------------------------



Secara keseluruhannya, apa yang aku dapat simpulkan adalah hampir 90% soalan yang ditanya melibatkan kemahiran berfikir dan ketajaman otak untuk mencetuskan idea yang kreatif dan kritis.

Jujur, aku memang lemah bab macam ni, di mana aku perlu berfikir di luar kotak. Secara nature nya, aku berada dalam kelompok teori dan realistik. Aku paling tak suka fikir sesuatu yang baru, yang belum wujud di dunia ni, aku lebih suka sesuatu yang rutin. Jadinya bab soalan yang inovasi apa semua memang aku fail. Kalau time study dulu pun, masuk kelas Entrepreneurship, aku memang nak lari, sebab lecturer suka suruh student fikir di luar kotak. Almost everyone dalam kelas senyap pastu sengih sebab tak boleh nak fikir kecuali budak lelaki. Dorang pemikiran lain dari kita orang perempuan ni.

So itulah lemahnya aku. Apa aku boleh cakap, aku tak dapat jawab kebanyakkan soalan yang ditanya sebab aku tak expect soalan macam ni. Aku pernah baca blog calon lain yang pernah ditemuduga, bentuk soalan dorang lain. Soalan dorang lebih kepada ilmu dan fakta dalam bidang alam sekitar contohnya green fuel, pollution, schduled waste. Aku boleh terima soalan fakta, maknanya ada jawapan betul dan salah. Tapi bila bagi soalan yang bentuknya subjektif, lebih kepada pendapat dan pandangan, ini yang aku risaukan tambah pula otak yang blank sebab nervous kena interview tu satu hal, campur pulak terkejut sebab dapat soalan kreatif & kritis gitu. Biru muka aku, lidah kelu tanpa kata hahahhahahaha.


----------------------------------------------------


Akhir kata, aku ucapkan goodluck dan selamat maju jaya buat korang yang bakal menghadiri temuduga kerajaan. Apa aku boleh pesan adalah, expect the unexpected. Macam aku sendiri, bukan setakat isu semasa dan fakta sahaja yang korang fokuskan untuk persiapan temuduga, pada masa sama latih otak untuk berfikiran di luar kotak dan menjadi lebih kreatif dan realistik.

Itu sahaja untuk post kalini, inshaa Allah next post aku akan share pengalaman aku di temuduga untuk latihan separa perubatan pada tahun 2017. Tiga tahun pending post tu sebab sebelum ni busy study tak sempat update blog. So harapnya semua post aku bermanfaat untuk korang semua, inshaa Allah.

Jumpa lagi!

Jumaat, 10 Julai 2020

Temuduga di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) 2020

Hai!
Assalamualaikum semua..

Harini aku nak share pengalaman aku di temuduga bagi jawatan Pembantu Tadbir N19 di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu atau SPNT pada 28 Jun 2020.

Bila aku upload story di media sosial, ramai yang tak tahu SPNT ni apa, tak kiralah warga negeri Terengganu sendiri atau luar Terengganu.

Meh sini aku cerita serba sedikit ya.


---------------------------------------------------------------


APA ITU SPNT?

SPNT adalah singkatan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu dan merupakan perkhidmatan awam di bawah naungan kerajaan Negeri Terengganu. 

Setiap negeri di Malaysia mempunyai  suruhanjaya perkhidmatan masing-masing contohnya di Pahang, dikenali sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang (SPA Pahang). Manakala di Kelantan pula dikenali sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan (SPN Kelantan). Begitu juga di negeri-negeri lain, masing-masing ada suruhanjaya perkhidmatan masing-masing.


----------------------------------------------------------------


Macam mana nak pohon kemasukan ke SPNT?

Sekiranya korang berminat untuk berkhidmat di SPNT seterusnya menyumbang bakti dan jasa ke atas pentadbiran Negeri Terengganu. Korang boleh memohon mana-mana jawatan yang dirasakan layak dan sesuai dengan kelulusan akademik korang di laman web rasmi SPNT.

Biasanya, pihak SPNT sendiri akan mengeluarkan iklan jawatan kosong di media sosial seperti di Facebook Page rasmi SPNT untuk diwar-warkan kepada mereka yang berminat untuk memohon.


-----------------------------------------------------------------


APA BEZA TEMUDUGA SPNT & SPA8i?


1. CARA PERMOHONAN

PERSAMAAN
Permohonan kerja di kedua-dua SPA & SPNT adalah melalui atas talian (online application) dengan melayari laman web rasmi masing-masing.

PERBEZAAN
Tempoh masa permohonan SPA8i adalah terbuka sepanjang tahun, manakala permohonan SPNT mempunyai had masa yang ditetapkan.

Permohonan Kerja SPA8i
Permohonan kerja di SPA boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja, tidak perlu tunggu iklan jawatan kosong dikeluarkan baru boleh isi.

Contohnya aku isi jawatan Pegawai Sains pada bulan Januari. Kemudian SPA8i mengeluarkan iklan jawatan kosong pada bulan Mac. Jadinya, automatik permohonan aku pada bulan Januari tadi masuk ke dalam sistem permohonan jawatan Pegawai Sains yang diiklankan pada Mac. Tak perlu pun bulan Mac tu aku nak kena isi balik borang ke apa, tak perlu. Rest assured okay guys. Inshaa Allah sekiranya maklumat korang isi dengan tepat dan lengkap, dan korang melepasi syarat-syarat yang ditetapkan, inshaa Allah nanti sampai lah emel rasmi dari SPA8i jemput korang jawab exam. Yang penting jangan lupa kemaskini maklumat & permohonan korang dalam masa setahun kerana tempoh sahlaku permohonan adalah dalam setahun.

Aku cerita kat sini sebab ada lagi yang tak faham sistem permohonan di SPA8i.

Permohonan Kerja SPNT
Manakala di SPNT, permohonan hanya boleh dibuat apabila ada kekosongan jawatan atau ada iklan yang dipaparkan oleh pihak SPNT. Biasanya dorang bagi limit dalam masa beberapa hari untuk memohon. Lepastu, sistem permohonan akan ditutup. Jadinya kalau betul berminat nak kerja di SPNT kena sentiasa alert dengan setiap iklan pengumuman dari pihak SPNT.


2. PEPERIKSAAN ONLINE (PSEE)

PERSAMAAN
Peperiksaan yang dianjurkan oleh kedua-dua SPA & SPNT juga melalui atas talian (online exam) dan biasanya dalam bentuk soalan objektif. Exam SPNT di buat di laman web yang sama dengan SPA. Emel yang dihantar pun dari server SPA.

PERBEZAAN
Sepertimana aku pernah cerita tentang soalan exam PSEE sebelum ni (di post sebelum ni), beza bagi kedua peperiksaan SPA8i dan SPNT terletak di bahagian A: Pengetahuan Am dimana exam SPA8i lebih menyeluruh dan meliputi pentadbiran dan isu semasa dalam negara Malaysia. Manakala exam SPNT lebih menjurus kearah pentadbiran, ekonomi dan sejarah negeri Terengganu.

Kalau korang nak tahu lebih details tentang soalan yang ditanya dalam exam online tersebut boleh click pada post ini Pengalaman Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)


3. SESI TEMUDUGA

PERBEZAAN
Secara keseluruhannya, temuduga di SPA8i lebih strict dari segi etika pemakaian, susunan sijil dan soalan yang di tanya kepada calon.

Temuduga SPA8i
Untuk temuduga SPA8i, terdapat dua orang penemuduga iaitu, Pengerusi (wakil dari pihak SPA) dan Wakil Jabatan (dari Jabatan jawatan yang korang pohon). Contohnya aku dulu, jawatan penolong pegawai farmasi, wakil jabatan adalah dari Jabatan Kesihatan.

Soalan yang ditanya pula lebih kepada skop kerja jawatan yang dipohon, isu semasa yang berkaitan jawatan dan juga nama pihak atasan seperti Ketua Pengarah KKM, Menteri dan sebagainya. Dari segi pengetahuan am, lebih kepada isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara.

Temuduga SPNT
Di SPNT, mengikut pengalaman aku, hanya ada seorang penemuduga dan suasananya lebih santai. Tapi perlu diingatkan, walaupun penemuduga menanyakan soalan dengan loghat Ganu yang santai, kita sebagai calon masih perlu mengekalkan formaliti dan menggunakan kata hormat serta penyusunan kata yang formal dan bersopan.

Kepada korang yang dipanggil temuduga SPNT. Meh aku dedahkan sikit hint kepada korang supaya korang lebih bersedia untuk temuduga nanti. Kat bawah ni aku akan sertakan soalan yang ditanya pada aku dan antara topik lain yang korang boleh study dan ambil tahu termasuklah

i. Pentadbiran di Negeri Terengganu
  • Nama Menteri Besar Terengganu
  • Slogan kata negeri Terengganu
  • Nama Sultan & Sultanah Terengganu
  • Nama Menteri dari negeri Terengganu

ii. Pentadbiran di peringkat daerah rumah korang
  • Nyatakan nama daerah kawasan rumah korang beserta DUN. Contoh macam aku; Daerah Kuala Nerus, DUN Seberang Takir, N11.
  • Nama wakil rakyat/Yang Berhormat di DUN tempat tinggal
  • Nama Menteri dari Parlimen kawasan (kebetulan wakil Parlimen Kuala Nerus baru dilantik menjadi menteri pada ketika itu

iii. Latar belakang korang
  • Jika dibandingkan dengan SPA8i yang lebih fokus kepada pencapaian dan kelulusan akademik atau sijil pendidikan calon. SPNT lebih fokus kepada calon yang aktif dengan aktiviti luar seperti kokurikulum dan sukan
  • Soalan yang diajukan kepada aku adalah, apakah peringkat tertinggi penglibatan luar anda?
  • Adakah anda seorang yang aktif bersukan? Main sukan apa dan apakah peringkat tertinggi?
  • Jika korang ada jasa dan penglibatan khas yang mengharumkan nama negeri atau negara, lebih tinggi kredit akan diberikan.

iv. Pentadbiran dalam Negara Malaysia
  • Siapakah nama Agong dan permaisurinya?
  • Apakah nilai murni atau sikap baginda yang anda sukai?
  • Siapakah nama Perdana Menteri dan nyatakan sikap beliau yang anda kagumi?

v. Isu semasa: COVID-19
  • Disebabkan aku ditemuduga ketika pandemik COVID-19, aku ditanya soalan yang berkaitan.
  • Namakan  3 figura yang sering muncul di kaca tv untuk sidang media.
  • Antara mereka bertiga, yang mana anda paling suka, dan nyatakan sebab?
  • Berapakah jumlah keseluruhan kes COVID di Malaysia sehingga harini?
  • Pernahkah negara kita mencatat satu kes aktif?

Secara keseluruhannya, ini lah antara apa yang aku lalui sendiri dari awal iaitu peringkat permohonan, peperiksaan online dan peringkat terakhir iaitu temuduga. Perlu diingatkan, ini adalah pengalaman aku dan mungkin berbeza dengan pengalaman calon lain.

Dan mengikut pengalaman aku sendiri, takde langsung ditanya soalan berkaitan skop kerja dan latar belakang pendidikan aku. Bagi calon lain, aku tak pasti adakah soalan ini diajukan atau tidak. Lagipun untuk temuduga PT N19 ini berlangsung dalam tempoh masa yang lama dan dijalan kan serentak di tempat berbeza jadinya penemuduga pun berbeza.


----------------------------------------------------------


Akhir kata, kepada calon SPNT, aku nak ucapkan selamat maju jaya dalam peperiksaan dan temuduga yang akan dijalankan. Doa dan usaha perlu lah seiring. Kalau dah tertulis rezeki kita dengan SPNT, inshaa Allah tak kemana. Tapi sekiranya, takde rezeki di sini pun, kita cuba lagi di tempat lain atau cuba lagi di masa yang akan datang.

Aku harap perkongsian aku pada post kalini dapat membantu korang dan memberikan gambaran secara kasar tentang perjalanan dari awal permohonan kerja sehingga lah peringkat akhir temuduga di SPNT. Aku doakan semoga urusan kita semua dipermudahkan tuhan, inshaa Allah aamin.

Inshaa Allah kita jumpa lagi di post yang akan datang!

p.s: aku tengah siapkan draft pengalaman aku yang lain dalam temuduga SPA8i untuk kelayakan ijazah & diploma, so stay tune!

Isnin, 16 Mac 2020

Pengalaman Temuduga INSEP - OSHA

Hai! Assalamualaikum 🙋


Kalini aku nak share pengalaman menghadiri temuduga untuk kemasukan ke INSEP. Aku rasa ramai lagi yang belum tahu tentang INSEP ni sebab aku sendiri pun baru tahu sebenarnya.


Disebabkan aku seorang yang suka explain details post ni kemungkinan akan meleret. Jadi kepada sesiapa yang mencari jawapan direct kepada soalan, korang boleh terus ke ayat yang di BOLD.


-------------------------------------------------------------------------------


APA ITU INSEP?

INSEP adalah singkatan kepada Industrial Skill Enhancement Programme.

INSEP ni adalah satu program yang dibuat khas untuk para graduan yang dah habis belajar yang dah konvo ya. Disebabkan sekarang, seperti yang sedia maklum, lambakan graduan makin meningkat, semakin susah graduan di luar sana nak dapatkan kerja.

Contoh macam aku, dah lebih kurang setahun aku menganggur. Mohon kerja merata, tapi satu pun tak dapat.

So, INSEP ni adalah salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan nilai pasaran seseorang graduan supaya lebih laku di luar sana dengan menawarkan pengajian percuma untuk mendapatkan sijil kemahiran kompetensi, dimana segala kos pengajian ditanggung oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Bukan tu je, siap ada elaun lagi tiap bulan sebanyak RM500. Bagi aku RM500 tu banyak dah tu, dah la dorang sponsor kita belajar, free of charge, siap dapat duit belanja lagi, alhamdulillah syukur sangat dah.

Tempoh pengajian pun bergantung pada kursus yang korang sertai. Contoh kalau aku, sijil OSHA adalah selama 6 bulan (3 bulan kelas teori & softskills + 3 bulan on job training)


Kalau korang tak faham lagi. Biar aku bagi contoh yang aku lalui sendiri:

Dulu aku pernah pergi temuduga kerajaan (SPA8i) untuk jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41. Masa tu salah seorang penemuduga aku ialah Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Tuan Zaidi. Beliau tanya aku, awak ada sijil kompetensi tak dalam apa-apa kepakaran. Aku jawab takde. So masa tu, disebabkan aku adalah seorang fresh graduate yang masih 'mentah dan muda', Tuan Zaidi nasihatkan aku untuk menyertai mana-mana program percuma yang dianjurkan pihak kerajaan untuk dapatkan sijil kompetensi supaya aku lebih 'laku' di kalangan para majikan di luar sana termasuklah perkhidmatan awam.

Contohnya, majikan nak cari graduan untuk menjawat jawatan sebagai Chemist atau Environment Officer. Dalam banyak permohonan yang diterima, pemohon yang mempunyai sijil kompetensi akan lebih menyerlah dan berpeluang cerah jika dibandingkan dengan graduan lain yang takde sijil tu. So extra dah kat situ.

Selain tu, peluang atau skop kerja nanti akan lebih meluas di mana aku juga boleh memohon kerja di luar bidang (tanpa guna ijazah) sesuai dengan kelayakan sijil kompetensi tadi.

Ni aku explain guna pemahaman aku jelah ya. Maaf kalau ada terlebih terkurang. Berbalik cerita tadi, kat bawah ni aku share pengalaman temuduga aku.


---------------------------------------------------------------------------------


INSEP adalah satu program. Pusat penyedia latihan INSEP pula ada banyak di seluruh Malaysia dan berbeza mengikut kursus. Korang boleh rujuk website atau blog orang lain untuk maklumat yang lebih terperinci (serius banyak, korang rajinkan diri cari ya).

Iklan beserta tarikh kemasukan dan syarat kelayakan umur juga berbeza dan bergantung pada institut penyedia latihan tu tersendiri. Oh ya, ada sesetengah pusat latihan turut menyediakan asrama percuma dan ada yang tidak sediakan.

Contoh macam aku, alhamdulillah salah satu institut penyedia latihan untuk kursus sijil yang aku berminat ada dekat dengan rumah aku iaitu Terengganu Skills Development Centre (TESDEC). Iklan kemasukan juga kebetulan dibuka selepas aku dapat tahu mengenai INSEP ni dari Tuan Zaidi selepas temuduga SPA8i.


Temuduga Terbuka Tesdec yang aku pergi


BAGAIMANA CARA MEMOHON KEMASUKAN KE INSEP ?


Nak masuk INSEP tak perlu apply online.
Hanya walk in interview pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pusat latihan.


Mengikut pengalaman aku, pusat latihan tu sendiri akan keluarkan iklan, sepertimana TESDEC telah mengadakan temuduga terbuka untuk graduan lepasan Diploma/Ijazah. Jadinya, mana-mana individu yang berminat boleh datang temuduga samada layak ataupun tidak untuk ditaja oleh PTPK.

Tujuan temuduga tadi dibuat adalah untuk mendapatkan graduan yang betul-betul berminat dengan sijil yang ditawarkan itu. Hal ini untuk mengelakkan masalah yang akan timbul di kemudian hari. 

Contohnya, sekiranya dah berjaya masuk, tiba-tiba hilang minat, nak quit, taknak teruskan pengajian apa semua. So, kat situ dah rugi peluang yang sepatutnya dapat kat orang yang betul-betul berminat dengan kursus tersebut. Oh ya, kalau korang dah berjaya masuk tapi tetiba nak keluar tanpa alasan kukuh akan didenda dengan bayaran tertentu (dalam RM20k kot aku lupa, korang boleh confirm kan di website lain juga ya)

Tapi kalau korang dapat tawaran kerja dalam tempoh pengajian di INSEP, korang diizinkan keluar sebab matlamat utama program ni dijalankan adalah untuk pastikan graduan menganggur di luar sana berjaya mendapatkan kerja.


------------------------------------------------------------------------------------


APA YANG PERLU DIBAWA KE TEMUDUGA INSEP?


1. Resume

2. Sijil Asal disusun dalam fail 
  • Sijil/ Skrol Diploma atau Ijazah beserta transkrip
  • Sijil SPM
  • Sijil Kokurikulum/ Kepimpinan/ Aktiviti Luar

3. Salinan Sijil
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil SPM
  • Salinan Sijil/ Skrol Diploma atau Ijazah beserta transkrip
  • Salinan Sijil Kokurikulum/ Kepimpinan/ Aktiviti Luar
  • Slip Gaji Ibu dan Bapa (Syarat kelayakan gaji parents mesti kurang dari RM10k)

4. Gambar passport (untuk ditampal pada borang)


-------------------------------------------------------------------------------------


SOALAN YANG DITANYA


Kat bawah ni adalah soalan yang aku dapat haritu.
Soalan mungkin berbeza mengikut kursus, tempat dan kecenderungan minat penemuduga tu sendiri.

Temuduga di buat secara berkumpulan untuk jimat masa.
Sorang penemuduga menyoal dua atau empat peserta pada satu masa.


1. SOALAN WAJIB: Introduce Yourself in English
  • Macam aku haritu, aku mohon untuk sijil OSHA. Untuk latar belakang pendidikan, aku ceritakan yang degree aku minor course adalah OSHA dan betapa aku berminat dengan kos ni sejak aku masuk degree. Aku juga beritahu penemuduga tu yang aku ada basic OSHA.
  • By the way, untuk kursus OSHA, korang akan diuji tahap English korang sebab OSHA ni banyak guna perkataan English dan akan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris bila kerja nanti bila berhubungan dengan staff dan  company International.

2. How many percentage of your eagerness towards this course?
  • Aku jawab nilai kesungguhan aku beserta sebab. Lepastu aku ada mention aku pernah belajar pasal OSHA 1994, FMA 1967 dan juga industrial hygiene.
  • Soalan seterusnya berkait dengan jawapan aku

3. What did you learn in OSHA during your degree?
  • Aku jawab aku ada belajar pasal HIRARC. Orang sebelah kebetulan graduan chemical engineering pun belajar OSHA, so dia pun tahu pasal HIRARC

4. What is HIRARC? (Soalan ni dituju pada peserta sebelah aku tapi dia tak dapat jawab, aku angkat tangan untuk menjawab)
  • Aku explain maksud HIRARC dan cara guna.

5. Adakah aku bersetuju sekiranya berjaya diserap masuk tapi dihantar ke pusat latihan lain selain Terengganu?
  • Aku jawab aku sanggup sebab aku memang betul-betul nak.


Kawan aku (lelaki) ada yang hadir sekali dengan aku temuduga dengan panel lain (lelaki juga). Soalan dia paling rileks habis sebab kuota untuk lelaki lebih ramai iaitu 50 orang manakala untuk perempuan hanyalah 10 orang. So, sebab tu soalan untuk calon perempuan lebih detail disebabkan calon yang hadir temuduga majoritinya perempuan, jadinya tapisan tu lebih ketat berbanding lelaki yang hanya minoriti sewaktu temuduga dijalankan.

Soalan untuk calon lelaki biasanya:
  • Boleh tahan panas tak?
  • Adakah awak seorang yang lasak?
  • Penemuduga akan lebih merujuk pada sijil sukan/ aktiviti kokurikulum (calon perempuan, penemuduga akan tengok sijil akademik dan transkrip)


Soalan di atas tu hanyalah sebahagian dari soalan yang ditanya pada aku dan kawan aku. Soalan lain aku tak tahu sebab rata-rata orang yang dah siap temuduga terus balik, tak sempat aku nak siasat dorang. Tapi berdasarkan apa yang aku pernah google, soalan dorang basic je sebab nak tahu minat dan kecenderungan korang terhadap kursus yang korang nak sertai tu.

Kalau korang graduan lepasan kejuruteraan, besar kemungkinan, penemuduga akan tanya pasal mesin yang korang pernah belajar (ni apa yang aku curi dengar orang depan aku)

Yang penting, waktu korang perkenalkan diri, korang sebut strength korang, jangan sebut benda yang korang tak pasti. Contohnya aku sengaja highlight kan OSHA dan FMA sebab aku dah study awal-awal lagi. Aku elakkan sebut hal yang aku tak pasti kesahihan sebab boleh jadi benda tu boleh jadi makan kita balik. Contohnya calon sebelah aku cakap final year project dia melibatkan HIRARC, tapi bila penemuduga tanya HIRARC tu apa. Diam, takleh jawab. Aku memang elakkan sentuh subjek yang ibarat 'gali kubur sendiri'.


-----------------------------------------------------------------------------------------


Kepada korang di luar sana yang berminat nak memyertai INSEP, aku ucapkan goodluck untuk korang dan semoga berjaya. Yang penting usaha taw, cari, korek, gali, ambil tahu dengan detail tentang kursus yang korang nak sertai. Pastikan 100% berminat, sebab bukan senang taw nak belajar free, orang sponsor. Hargai apa yang diberi dengan berikan kesungguhan dan minat yang tinggi.

Lepas keluar INSEP, kalau ada ambik exam ke apa, jangan tangguhkan sehingga habis tempoh masa yang diberi. PTPK dah laburkan banyak untuk korang, pensyarah pun dah banyak habiskan tenaga dan salurkan ilmu untuk korang. Hargailah mereka 😄 Orang tolong kita, kita tolong dorang balik dengan bagi feedback yang baik. Percuma kot!!

So tu sahaja untuk post kalini. Sekiranya ada persoalan boleh komen kat bawah. Inshaa Allah, aku akan reply ❤

Ahad, 12 Januari 2020

Permulaan 2020

Hai Assalamualaikum!

Its 12th of January already! 12 hari sudah pun berlalu untuk tahun 2020 ni.

Alhamdulillah pada awal tahun hari tu semangat aku berkobar-kobar lain macam ye. Biasalah aura tahun baru kan so bermacam azam tahun baru aku list kan untuk dicapai tahun ni inshaa Allah, harap konsisten lah sehingga ke akhirnya.

Minggu pertama 2020, apa yang aku fokuskan hanyalah persediaan untuk temuduga SPA8i.

Tapi pada hari kejadian, 8 Januari, sangat menyedihkan, apa yang aku boleh cakap aku tak perform dengan baik.

I have ruined my chance! I lost my opportunity to be a government servant!

Balik je interview, terus aku nekad nak cari kerja lain dan pada waktu sama aku berazam nak improve diri aku. Hikmah pergi interview adalah aku sedar apa kelemahan dan kekurangan aku. Aku mengaku memang salah aku lah.

Walaupun aku dah prepare banyak sejak aku dapat emel, hari-hari aku tak pernah lupa study. Tapi satu apa pun yang penemuduga tanya takde kaitan dengan apa yang aku study, hahahhaah.

Aku tak tahulah untuk jawatan lain macamane korang hadap soalan penemuduga tu tapi soalan temuduga untuk jawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar tahun 2020 ni soalan dia takde kaitan dengan alam sekitar. Apa yang aku belajar dekat universiti. Aku boleh cakap soalan dia adalah soalan KBKK atau KBAT laa budak-budak sekarang panggil. Soalan yang menduga pemikiran.

Sebenarnya soalan dia simple, tapi kalau kau nervous, gugup macam aku. Tetiba otak jadi blank. Tak dapat berfikir, pastu aku terdiam, takboleh mengeluarkan kata-kata. Aku sengih-sengih je depan penemuduga tu. So apa aku boleh cakap aku fail!

Balik tu serius down weh! Serius! Pastu aku balik rumah, sampai je rumah terus aku fikir apa aku nak buat untuk tambah nilai diri aku?

So aku google laa sijil kemahiran yang ditawarkan pihak kerajaan. Sebab penemuduga aku cakap aku boleh tambah skill aku, pi ambil sijil TVET atau apa-apa sijil competency yang boleh naikkan value aku.

Lepas tu bila fikir balik, done buat research kat google apa semua. Aku terfikir dah tu kalau aku ada sijil ni pun, camane kalau aku still menganggur? Duit dah banyak habis sambung belajar, ambil sijil lagi, masa pun dah banyak habis belajar.

Lepastu pula ayah aku tak bagi keluar ganu sejak arwah ibu meninggal, dia sunyi, dia nak anak-anak dia duduk dekat dengan dia. So, aku fikir balik, kalau ada sijil tu pun, peluang kerjaya kat ganu ni tak banyak. Banyak peluang di belah pantai barat, kawasan industri seperti di Selangor, Johor, Negeri Sembilan.

Aku tak kisah merantau negeri orang. Aku dah biasa berjauhan dengan family, berdikari sorang-sorang. Tapi, fikir balik permintaan ayah. Aku terpaksa korbankan cita-cita & impian aku nak kerja dalam bidang aku minati & pelajari; bidang kimia, R&D, OSH & industri.

Aku buntu. Serius, aku buntu. Apa perlu aku buat untuk sara hidup keluarga aku? Adik-adik masih belajar, ayah dah bersara, aku ni duk buang masa je menganggur kat rumah. Rasa macam talent, ilmu & kemahiran yang aku ada, aku sia-siakan, aku tak guna untuk berjasa pada orang sekeliling aku.

Sebelum tu, aku dah pernah bekerja di bahagian retail ye. Aku pernah bekerja di Watsons, Mydin, 7-Eleven. Beggars can't be chooser. Aku ambil je peluang kerja yang ada depan mata.

Semua orang tahu kerja retail ni cabaran dia customer. Aku tak kisah sangat tapi apa yang buat aku down adalah mental aku. Aku terlalu berfikir apa yang orang fikir kat aku. Ada degree, dulu top scorer sekolah, best student, menang award, dapat anugerah tokoh pelajar. Endup kerja retail, layan customer. Kau faham tak.

Serius, aku down. Aku buntu, aku taktahu apa patut aku buat.

By the way, sekarang ni aku masih lagi aktif mencari kerja, apply kerja online melalui macam-macam website, indeed, jobstreet, maukerja, adnexio, mudah, jobsmalaysia. Kadang aku rasa nak muntah hadap website tu semua. Takde satu pun aku dapat call atau feedback untuk panggilan temuduga kerja.

Ya, aku tahu ramai lagi orang kat luar sana yang senasib dengan aku, malah ada yang kurang bernasib baik dari aku.

Sekarang aku faham kenapa penganggur ramai depress dan pernah ada kes bunuh diri. Yes, aku faham.

Hanya orang yang menganggur faham perasaan penganggur. Korang yang habis belajar terus dapat kerja tu takkan faham dan akan judge kitorang macam-macam.

Ramai orang nasihat aku, ni semua rezeki dan perancangan Allah. Ya, aku boleh terima, tapi aku pun manusia ada iman turun naik kadang kuat kadang lemah.

I just dont know. I just hope Allah boleh bagi guidance kat aku. Petunjuk apa patut aku buat untuk selesaikan kesempitan ni.

Please dearself, be strong! Put trust in Allah. He will guide all of us to the right & best path for each of us, inshaa Allah, amin.

Aku harap hari-hari esok dan seterusnya untuk tahun 2020 dapat memberi sinar baru, peluang untuk aku berubah jadi lebih baik. Aku nak kehidupan baru. Aku dah penat menganggur setahun, aku kalau boleh taknak apa yang berlaku pada tahun 2019 berulang lagi.

Goodluck dearself!

Selasa, 24 Disember 2019

Pengalaman Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)

Hai! Assalamualaikum dan salam sejahtera korang!

So disebabkan mood aku baik malam ni sebab aku baru je dapat email dari Bahagian Pengambilan SPA8i, akhirnya aku di panggil temuduga setelah 4 bulan menunggu yaaa! Alhamdulillah syukur pada Allah kerana akhirnya penantian aku dah berakhir, sekarang tiba masanya aku get ready untuk sesi temuduga yang akan dijalankan awal tahun depan, inshaa Allah.

So, kalini aku nak share pengalaman aku seat exam online untuk kemasukan ke perkhidmatan awam. 

Ada pelbagai jenis exam aku dah ambil antaranya:


1. PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA (2017)
  • Jawatan: Penolong Pegawai Farmasi
  • Ada satu bahagian sahaja iaitu Pengetahuan Am (40 minit)
  • Pengetahuan Am ni merangkumi pengetahuan korang dalam bidang sains perubatan contohnya pasal sistem dalam tubuh badan, biologi, teknik pertolongan cemas dan lain-lain
  • Alhamdulillah, untuk exam ni, aku lulus dan ke peringkat seterusnya iaitu ujian psikometrik (soalan psikologi ni dia tanya soalan logik, dorang nak uji perangai korang macamana apa semua sesuai ke tak dengan jawatan tu)
  • Perlu diingatkan, exam ni aku ambil pada tahun 2017. Perubahan mungkin berlaku dan mungkin tak sama dengan soalan exam yang terbaru.
  • Sebab aku ada dengar cerita, ujian psikometrik yang terbaru yang kawan aku ambil pada tahun 2019 agak lain ya dan corak soalan tu ayat dia macam berbelit sikit, so maybe korang boleh cari rujukan yang latest okay.

2. (PSEE) PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR GRED C41: JABATAN ALAM SEKITAR (2019)
  • Kelayakan: Ijazah
  • Ada dua bahagian iaitu: Bahagian B (25 minit) & Bahagian C (20 minit)
  • Untuk Bahagian B: Daya Menyelesaikan Masalah.
  • Untuk penyelesaian masalah ni kalau korang pandai Math, memang korang boleh jawab serius. Tapi jangan berlagak sangat erh. Sebelum exam, makesure korang study, revise balik segala formula dan soalan math level SPM. Kalau korang study betul-betul memang korang akan kira dengan tenang siap ada masa lebih lagi untuk semak balik soalan yang susah tu.
  • Untuk Bahagian C: Kefahaman Bahasa Inggeris
  • Untuk soalan English ni, aku boleh cakap level English dia tinggi gila weh. Bayangkan perkataan yang dorang guna dalam petikan tu, level dia agak tinggi. Aku tak pernah dengar weh. Memang sengih sengih jelah aku depan laptop apa benda laahh perkataan tu.
  • Key untuk soalan English ni, disebabkan korang ada kekangan masa korang takyah bazir masa rajin sangat pi baca the whole petikan. Aku memula tu rajin baca semua taw. Lepastu sedar masa tak cukup, so laju je aku pi skip tengok soalan terus. Pastu baca apa soalan nak, korang carilah jawapan dalam petikan, inshaa Allah jumpa. Lepastu kan barulah aku faham petikan tu cerita pasal apa, hahaha teruk nau english aku
  • Aku exam 22/8/2019, result keluar 29/8/2019, alhamdulillah lulus! So, ambil masa seminggu je dah tahu keputusan. Tapi penantian nak di panggil temuduga tu fuhh. Harini tarikh 23/12/ 2019 baru diorang email untuk temuduga pada 8/1/2020. Lama weh. Jawatan penolong pegawai dorang dah interview lama dah, yang pegawai ni lama benor nok ke panggil, tapi apa pun syukur sebab email tu sampai kat aku.

3. (PSEE) PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (PENGURUSAN STOR): KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (2019)

  • Kelayakan: Diploma
  • Ada dua bahagian iaitu: Bahagian B (25 minit) & Bahagian C (20 minit)
  • Bahagian B (Daya Menyelesaikan Masalah) & Bahagian C (Kefahaman Bahasa Inggeris)
  • Bagi aku, soalan dia lebih kurang sama je macam soalan gred 41 yang aku dah explain kat atas.
  • Cuma bezanya terletak pada level English yang digunakan. Bagi aku English untuk soalan gred 29 ni level medium. Inshaa Allah korang boleh jawab. No worries okay takde perkataan pelik-pelik aku jumpa.
  • Untuk kalini, aku tak berjaya, senang cerita gagal lah.
  • Untuk jawatan ni, calon seramai 87,000 lebih, manakala jawatan kosong dalam 30 lebih. Ni based on apa aku baca update di Facebook rasmi SPA8i. So bagi aku, maybe syarat untuk lulus tu dinaikkan jadi lagi ketat disebabkan calon ramai, jawatan yang ada pun terhad. Exam untuk jawatan berlangsung pun agak lama dalam seminggu, disebabkan jumlah calon yang ramai.

4. (PSEE) PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19: PENGAMBILAN DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI TERENGGANU) (2019)

  • Kalau tengok gred, jawatan ni kelayakan untuk SPM.
  • Tapi aku pelik camana aku boleh lepas untuk gred 19. Sebab aku letak kelulusan tertinggi Ijazah, biasanya aku dah takboleh apply untuk gred 19 ni, so gred minimum aku sepatutnya boleh apply adalah taraf diploma iaitu gred 29. Tapi takpe, ini namanya rezeki. Kita cuba je. Dapat tak dapat belakang kira, yang penting pengalaman.
  • So kalini exam ni berbeza dengan exam sebelum ni.
  • Yang pertama, exam kalini takde soalan English so takde lah soalan Bahagian C.
  • Secara keseluruhannya, exam ni ada dua bahagian jugak iaitu bahagian A dan B
  • Bahagian A ialah soalan pengetahuan am. Disebabkan exam aku ni untuk jawatan kemasukan ke perkhidmatan Negeri Terengganu. So, soalan dia 100% tanya pasal negeri Terengganu. Contohnya pasal pemerintah negeri (Menteri Besar, Sultan), agensi di bawah kerajaan Negeri Terengganu, ekonomi dan sosial di Terengganu dan topik lain.
  • Kalau korang dapat jawatan di bawah Jabatan/Kementerian Malaysia, korang akan dapat soalan pasal negara Malaysia lah. Contohnya, bahagian kehakiman, Dewan Negara, pasal sukan pun ada tak silap dan banyak lagi.
  • Untuk Bahagian B, soalan Math sama je macam exam yang di atas, cumanya soalan dia level paling mudah la sebab untuk jawatan gred 19. Yang penting, jangan ambil ringan, study tetap kena study okay!


---------------------------------------------------------------------------------


So, kat mana nak dapat contoh soalan untuk exam di atas ni?

Okay, sejujurnya kalau korang bersungguh macam aku, memang desperate nak lulus sebab yelah nak kerja kerajaan kan. Aku beli ebook secara online. Ebook ni korang boleh search je memang ada dijual. Harga dia RM80 aku beli pakej lengkap untuk Bahagian A, B dan C + bonus tips ke temuduga. Ebook ni sama je walaupun yang jual tu website yang berbeza. Alhamdulillah aku study nota dan soalan tu je, aku dapat jawab dengan baik. So bagi aku berbaloi la beli.

Tapi, kalau korang taknak beli pun takpe. Ada je kawan-kawan aku yang tak beli, tapi still boleh jawab soalan dengan baik. So bagi aku, bergantung pada korang lah. Korang nak beli ke taknak beli ke, aku tak dapat apa pun. Aku cuma share apa yang aku lalui sahaja.


----------------------------------------------------------------------------------


So, kepada calon exam PSEE, korang kena rajin cari sumber untuk study. Korang boleh google di website, blog atau pun di Facebook pun ada orang share contoh soalan. Nak berjaya, kena usaha kan. Yang paling penting, korang jangan cepat putus asa. Walaupun calon ramai, korang rasa insecure ke apa. Percayalah, rezeki tak pernah salah alamat yang penting korang buat yang terbaik, prepare dan study awal inshaa Allah korang boleh buat. Jangan lupa untuk berdoa mohon pada Allah, minta parents doakan jugak.


YANG PENTING JANGAN SESEKALI KORANG MENIPU DENGAN MENIRU YEE!


Korang kena ingat, ni exam nak masuk kerja. Kalau korang berjaya dengan cara yang haram, cara yang salah. Duit yang korang dapat pun jadi tak cantiklah datang dari cara yang salah. Keberkatan tu susah nak dapat. Dan kalau korang berjaya dapat kerja dengan cara yang baik dengan usaha korang. Alhamdulillah, kekalkan dengan peribadi yang baik, bekerja dengan ikhlas dan elakkan rasuah.


Doakan aku jugak untuk sentiasa konsisten istiqomah dan sentiasa berada di landasan yang betul. Paling penting doakan aku berjaya sesi temuduga nanti taw, Aminn!!

Sekian. ❤️

Isnin, 23 Disember 2019

Reviewing My 2019 & New Hopes for 2020!

Tahun 2019 adalah tahun yang paling bermakna seumur hidup aku dan takkan dilupakan sampai bila-bila.

Antara yang akan aku semat dalam ingatan aku adalah Pemergian Ibu kesayangan aku. Syurga aku yang telah pergi tinggalkan kami semua pada 10 Oktober 2019. Ianya merupakan satu kehilangan yang paling besar bagi keluarga kecil kami. We're lost for a month.

Bila aku singkap balik segala apa yang terjadi. Tahun 2019 memang penuh dengan warna, suka duka semua nya terkandung dalam satu tahun ini. Apa yang dapat aku simpulkan, benarlah kita sebagai manusia hanya mampu merancang, tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam.


---------------------------------------------------------------------


So kat sini aku ringkas kan timeline bagi tahun 2019 dalam kehidupan seorang Nur Amirah Azmi:



JANUARY 2019:


11/1/2019:

Its the day I submitted my hardbound thesis

Hari yang sangat bermakna bagi aku. This day marked THE END OF MY STUDENT LIFE. No more books, no more classes, no more notes, no more student title. Like finally selepas 17 tahun belajar (since darjah 1), akhirnya aku dah takpayah serabut kepala kene belajar macam-macam & hadap exam. Permulaan fasa kedewasaan bagi aku. Nervous & excited semua ada.

Sebelum submit thesis


12/1/2019:

The day I left UiTM Jengka for good.

Bayangkan 21 tahun aku hidup di Terengganu, rumah aku pula berhadapan pantai lepas tu 5minit je dah sampai Bandar Kuala Terengganu. Bayangkan setiap malam sebelum tidur, memang aku dapat dengar bunyi ombak menghempas pantai. Tetiba ehh masuk degree dapat kampus Jengka yang dikelilingi ladang kelapa sawit yang memang jauh dari pantai la senang cerita. Serius aku culture shock sikit.

So bila like finally hari aku tinggalkan Bandar Jengka for good, perasaan aku bercampur baur. Tapi semestinya perasaan paling tak dapat dibendung mestilah happy. Like finally aku dah tak terperuk kat sini, finally aku boleh balik ganu, lihat dunia luar. Sedih tu mestilah ada tapi sikit jelah, sebab yang penting aku dah dapat bersama family tersayang aku.

Kolej Tok Gajah, UiTM Jengka, Pahang



MARCH 2019:


9/3/2019:

It was my best friend's meaningful moment in her life: Dayah's Engagement Day

Bagi aku, ini hari bermakna bagi aku sebab Dayah buat gila suruh aku mekap kan dia pada hari pertunangan dia. Sejujurnya, aku bukanlah seorang makeup artist dan bukan seorang profesional. Tapi boleh la sikit-sikit mekap tu. Tapi mengenangkan kawan baik aku sorang ni selalu tolong aku & selalu ada tika susah & senang. Jadi aku setuju jelah untuk mekap kan dia. Gila tak nervous nak mekap orang untuk hari penting dia. So alhamdulillah everything went well cumanya kening dia jelah tak sama saiz. Ahhahah nasibla yah. Untuk majlis dia, aku datang awal sehari taw, tolong potong bawang, potong sayur, siapkan tudung dia semualahh. Thank you dayah untuk kenangan ni.

Dayah & Bridesmaids


14/3/2019:

Ibu's appointment at HUSM Kubang Kerian with the specialist for her Breast Cancer case

Ibu beritahu kitorang yang doktor cakap kat dia, result semua nampak baik, takde nampak yang tak normal. So memandangkan keadaan ibu yang takde masalah, doktor tangguhkan tarikh next appointment lama sikit sehingga ke bulan September tahun ni. So kami semua sangatlah happy dengan perkhabaran baik ni. Sebenarnya ni first time aku teman ibu follow up HUSM sebab sebelum ni aku kat uni belajar. So ibu pergi sorang je jumpa doktor, ayah tunggu kat hotel biasanya sebab ayah pun tak larat sangat nak tunggu lama-lama kat hospital. Dan aku pun tak sangka itulah kali pertama dan kali terakhir aku teman ibu pergi HUSM.


21/3/2019:

Its the day, Ayohki left us.

Pagi Khamis hampir pukul 4 pagi, Ayohki (ayah kepada ibu) pergi meninggalkan kami semua. Pertama kali dalam hidup aku, kehilangan orang yang terdekat. Sejujurnya, aku takut untuk hadapi benda ni. Aku ada masalah fobia dengan mayat yang dikafankan. Memang dari kecil, ibu takkan bawa aku pergi ziarah orang meninggal sebab aku lemah semangat. Biasanya aku jadi tak boleh tidur sampai makan minggu dan aku jadi nak nangis tanpa sebab setiap malam. Bila terjadinya benda ni, alhamdulillah aku diberi kekuatan, aku jadi kuat, aku boleh hadapi dengan baik. Cumanya, terasa sangat kehilangan orang yang selalu tunggu aku balik kampung yang selalu tanya pasal kehidupan aku yang selalu senyum bila tengok aku gelak. Kaklong rindu ayohki.

Al-fatihah untuk arwah Haji Mohamad Bin Abu Bakar



JUNE 2019:


17/6/2019:

I got my first job (after months of being unemployed) and I have to move out of my hometown!

Alhamdulillah dengan kebenaran kedua ibu bapa aku, aku keluar dari Terengganu dan berhijrah ke Shah Alam, Selangor untuk cari rezeki. Terima kasih 7 Eleven kerana menerima aku menjadi sebahagian dari department penting dorang iaitu department Operation & Sales. First time rasa jadi dewasa, bangun pagi pergi kerja balik malam demi sesuap nasi. Cerita lebih lanjut nanti aku buat post asing.

First meeting di HQ 7 Eleven



JULY 2019:

The starting of my mom's bedridden episode.

Pagi 26/7/19, aku tengah bersiap nak pergi kerja. Aku dapat call dari mak saudara aku yang nangis-nangis suruh aku balik ganu hari tu jugak. Aku pelik kenapa. Aku tahu ibu aku tak sihat tapi aku tak expect sampai mak saudara aku cakap ibu dah nazak. Serius aku terkejut campur kesal sebab tak berada disisi ibu masa dia sakit. Aku ambik tiket flight yang paling awal dan alhamdulillah selamat sampai tengahari di ganu dan terus ke hospital. Alhamdulillah keadaan ibu makin stabil dan bermulalah sakit misteri ibu yang tak dapat di diagnos oleh doktor pakar segala jenis penyakit. Ibu warded selama 9 hari dari 26/7 - 3/8.



AUGUST - SEPTEMBER 2019:

Sakit misteri dan rawatan Islam


Setelah 9 hari warded, doktor semua tak dapat diagnos penyakit ibu. Dan sepanjang pemerhatian aku sepanjang jaga ibu kat wad hospital, sakit ibu selalu menyerang dengan kuat bermula lepas asar sehingga magrib dan sebelum subuh. So, kitorang satu family decide untuk cuba rawatan tradisional dan rawatan Islam. Kami telah usahakan bawa Ustaz, Ustazah dan orang berubat kampung pun ada. Alhamdulillah ada perubahan yang baik, ibu dah kurang sakit. Tapi ibu di serang lagi kalini serangan tu guna cara yang lebih kuat.

Pada 31/8/2019. malam merdeka, ibu macam sesak nafas dan kitorang call ambulans untuk bawa ibu ke hospital. Doktor diagnos sel kanser ibu dari bahagian payu dara dah merebak ke bahagian paru-paru sebab tu ibu ada masalah sukar bernafas. So, buat CT Scan untuk check tulang belakang ibu pun ada detect sel kanser kat situ. Doktor cakap dah stage 4. So samada nak buat operation atau kemoterapi terserah pada ibu. Ibu decide untuk taknak buat kedua-duanya. Doktor pun banyak kali tanya, puan tahu kan apa risiko puan ambik ni? Ibu angguk je. Untuk kali kedua ni, ibu warded hampir sebulan lamanya di hospital. Ibu nak balik berubat dengan ustaz sebab ibu dah tak larat nak buat rawatan di hospital sebab keadaan ibu dah lemah, both operation & kemoterapi high risk kat ibu.



OCTOBER 2019:

Ibu was losing herself by days and she left us for His Creator

6/10/2019 (Ahad) adalah hari terakhir ibu bercakap dengan normal dengan anak-anak dia. Last moment bila ibu nak solat asar, angoh yang tolong kat tepi. Ibu dah start merapu. Dia dah tak sedar. Magrib ibu meracau teruk, dia tak kenal aku. Kami call makcik yang last yang ubatkan ibu. Dia cakap ada gangguan, so dia baca ayat-ayat dia. Ibu diam dah, ibu nak air. Makcik tu cakap ibu dehydrate, badan dia kurang air. Better bawa pi hospital. Tapi aku lengahkan sebab dah malam, esoknya kitorang call MA masukkan air melalui drip. MA tu cakap badan ibu dah kering ni, better warded hospital.

8/10/2019 (Selasa) lepas subuh terus call ambulans bawa pi emergency. Berita buruknya, doktor beritahu sel kanser ibu dah merebak ke otak. So kiranya ibu diserang kanser di paru-paru, tulang belakang dan otak pada masa yang sama. Kemungkinan untuk sembuh memang takde langsung. Doktor suruh kami semua bersedia secara mental dan fizikal untuk pemergian ibu.

Sedih memang sedih. Tapi aku redha. Ibu dah lama berjuang untuk lawan sakit kanser diaa. Eversince she was first diagnosed with breast cancer in 2016.

Aku lepaskan dia pergi bertemu Sang Pencipta. Hari-hari aku solat, sujud minta pada Allah supaya permudahkan urusan ibu, supaya ibu pergi pada hari yang baik, disisi ahli keluarga. Aku minta jangan diambil nyawa ibu waktu malam sebab aku sorang je jaga ibu. Aku takut aku blur.

10/10/2019 (Khamis). Alhamdulillah Allah dengar permintaan aku. Ibu pergi tinggalkan kami hampir 12 tengahari di sisi nenek dan bapa saudara aku, adik-adiknya. Alhamdulillah kami semua lepaskan ibu dengan baik, tiada esak tangis yang berlebihan. Kami akur dengan takdir tuhan, Allah SWT.

Ayat yang aku pegang, yang buatkan aku tabah. Few days before she left us, ayah pujuk aku, kaklong jangan sedih, kaklong kena lepaskan ibu pergi. Kita semua makhluk Allah, kita semua diberi pinjam nyawa sekejap. Nanti kita semua pun akan pergi bertemu Allah. Kaklong kene redha, kita semua makhuk Allah. Aku terdiam, cuba menelan kepahitan kebenaran.

Sekarang dah genap 2 bulan ibu pergi. Rumah kami sunyi tanpa gelak ketawa ibu. Selama ni, rumah ni berseri dengan kehadiran ibu, masakan ibu, nyanyian ibu, gurau senda ibu menyakat ayah dan kami adik beradik. Pahit yang sukar ditelan. Baru aku rasa besarnya tanggungjawab aku sebagai anak sulung dan satu-satunya perempuan dalam keluarga. Baru aku tahu betapa besarnya peranan ibu selama ini. Sekarang tugas ibu, dibahagikan sesama kami tiga beradik dan ayah. Hidup mesti diteruskan dan selalu lah berdoa untuk kesejahteraan ibu di dunia sana. Ibu tunggu kaklong kat syurga ye!!

Al-fatihah untuk arwah Siti Rahayu Binti Fatimah
(17/11/1971 - 10/10/2019)


15/10/2019:

Its my Graduation Day!!!

5 hari selepas pemergian ibu adalah Majlis Istiadat Konvokesyen aku. Alhamdulillah secara rasminya aku dah tamat pengajian Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia. Aku tahu ibu mesti nak tengok aku happy jadi aku sambut dengan gembira bersama kawan-kawan  dan keluarga tersayang. Perasaan hiba dan sayu aku dapat rasa bila aku masuk dewan. Sebab teringat masa konvo diploma dulu, ibu la orang paling excited rekod video aku sambil jerit-jerit panggil aku. Tapi pada hari konvo degree aku, takde dah suara ibu nak snap gambar dan video aku. Tapi aku tahan air mata keluar dan cuba fokus untuk rasa happy sebab aku dah tamat degree.

Ibu dan ayohki la orang yang paling excited nak pergi majlis konvokesyen aku tapi perancangan Allah lebih baik. Kedua-dua orang aku sayang, Dia ambil dulu. Aku percaya pada Allah, semua ini ada hikmah tersembunyi. Takpe, kita semua hak milik Allah, pinjaman je. Takpe aku redha, alhamdulillah dengan izin Allah aku tamat degree dengan jayanya. Ibu mesti happy kan!

Alhamdulillah, Graduated!


The End of my 2019 memories

--------------------------------------------------------------


Tahun 2019 penuh suka dan duka bagi aku. The good things, aku dah tamat study! The sad things, I lost my ayohki & ibu dalam tahun yang sama. Its okay. Semua ini dah tertulis. Ajal maut semua Allah dah tetapkan, takkan terlewat atau terawal sesaat pun. Benda yang jadi ni buat aku sedar, kita boleh pergi bila-bila je, tak kira usia. Jadi kita kene bersiap sedia sepanjang masa bersama bekalan yang cukup untuk dibawa ke alam sana.



HARAPAN UNTUK 2020:


Aku harap aku dapat rezeki kerja yang terbaik untuk sara hidup family kecil aku. Aku juga harap aku dapat jumpa jodoh cepat-cepat macam yang ibu selalu doakan untuk aku dedulu. Kalau dulu aku tak fikir langsung nak kawin. Bila ibu dah takde ni, aku fikir aku kena ada family, kalau jadi apa-apa kat aku, kalau aku dah takde, hanya doa dari anak-anak je yang dapat bawa masuk kubur. Harta apa semua dah tak penting.

Untuk tahun 2020, aku harap aku jadi lebih matang dari segi emosi dan perbuatan, jadi anak dan kakak yang boleh diharap oleh ayah dan adik-adik. Aku harap aku lebih sihat dan cergas inshaa Allah. Yang paling penting, aku harap aku dapat perbaiki kualiti ibadah aku, hubungan aku dengan Allah, hubungan dengan manusia dan seterusnya dipermudahkan urusan dunia akhirat, inshaa Allah!


P.s.: aku harap untuk tahun 2020, aku akan lebih rajin menulis di blog ni, hiks 😉

See you, 2020!