Instead of doing my assignments, here i am writing bout my skin..duhh sebab rindu kat blog so yah here i am..
Sambungan entri lepas..(i tend to talk bout something too detail, pardon me)
Lepas kulit berjerawat bernanah hijau, aku cuba satu suplement yang agak pricey bagi seorang student macam aku, nama dia Satin Skinz!
Aku sangat berpuas hati dengan produk ni, sebab sebenarnye selain masalah jerawat, aku juga ada masalah rambut gugur. Lantai bilik memang penuh dengan rambut, trust me kadang-kadang rase nak nangis tengok lantai. So, aku macam berani mati labur duit beli satin skinz yang mahal di mata aku (berat gile tangan nak wasap igshopper mase tu) jadi tak jadi belakang kira, yang pasti aku nak cuba keberkesanan dia. Memang mase tu ak redha. Tapi alhamdulillah lepas consume, aku sangat happy sebab rambut kurang gugur, lepas sikat dalam sehelai dua je yang gugur kalau dulu segumpal. Lepas tu lagi happy bila dulu ikat rambut, segenggam tu sangat la kecil, sekarang dah makin tebal, makin menebal diameter genggaman rambut. Sebelum ni, memang ada baca supplement tu bagus juga untuk rambut dan dalaman wanita xsilap aku ah.
Yang kesan kat muka pon slowly becoming better, yang paling aku suke serum dia yang botol kecik tu. Seriously wangi, bau rose. Fall in love terus aku. Serum tu best sebab memang betul apa yang admin ig satin skinz cakap, memang keluar semua isi jerawat.
"Kenape jerawat selalu keluar kat tempat yang sama?"
"Sebab kadang dia masak, lepas tu kita picit keluar isi, tapi tak semua yang keluar, masih ade lebihan kat dalam. Sebab tu jerawat asyik tumbuh tempat sama."
Aku pon xtahu fakta ni sebelum ni, so lepas pakai serum ni, serius... muka aku keluar habis nanah yang kat dalam tu, nasib baik cuti sem, kalau x malu weh nak gi kelas. Geli weh tengok nanah hijau kuning. (gambar jerawat bernanah lepas pakai serum ni dekat entri sebelum ni) So, alhamdulillah sekarang dah ok.
Tapi, sekali lagi aku sebagai seorang student xmampu nak beli supplement tu nak buat dibuat sebagai rutin. (Barang elok kualiti tiptop mesti mahal dan aku xmampu). Yang mampu, silakan beli, nanti kerja aku beli inshaa Allah. So, sekarang aku cuma bergantung kepada cleanser yang dibeli di drugstore.
Aku ada cuba skincare brand buatan Malaysians iaitu Cosmoderm. Aku tertarik dengan sebaris ayat dekat official website dia, 'the first cosmeticeuticals' product from Malaysia'. Mulanya try pakai moisturiser Vitamin E, sebab terbaca dalam salah satu entri NisaKay. Macam terkesan gitu. Try pakai sekali lepas tu macam xbest sebab sangat creamy, buat muka makin oily. Lepas tu aku ubah cara aku pakai, sebab dia Vit E, aku just apply dekat parut jerawat, mana tahu, makin pudar ke ape. Lepas tu tangan gatal sapu dekat jerawat yang bunting masak ranum, terus esok bangun, lesap semua jerawat. So, macam magic gile! Start dari tu, aku memang amalkan sapu moisturiser ni dekat jerawat, paling best esok bangun tidur, kalau masih ada sisa jerawat tu, just sapu dengan tisu atau kapas, semua nanah tu hilang (isi jerawat). Tak payah dah picit sampai merah kulit muka, berlubang berkawah, hanya perlu sapu je, cewwah.

So, impressed dengan keberkesanan moisturiser ni, aku try cosmoderm set tea tree, kali ni beli satu set terus, sebab harga dia mampu milik. Yang paling best, cleanser dia free from SLS & SLES.

Lecturer kimia aku dulu pernah pesan, kalau beli skincare, pilih yang bebas dari SLS & SLES sebab chemical ni boleh irritate your skin, possible causes for cancer dan banyak lagi. SLS & SLES ni biasanya ada dalam shampoo, cleanser & sabun. Contoh, lepas makan, tangan mesti berminyak dan berbau, so kite basuh tangan & sabun, lepas tu keringkan tangan dah tak berminyak. So, dua bende ni lah yang serap atau sapu minyak kotoran yang ada kat tangan & yang produce bubbles sabun tu. Zaman sekarang memang susah nak elak dari chemical, tapi kita boleh kurangkan penggunaan yang terlalu banyak. Paraben penyebab kanser, most product ada paraben tapi cari yang low content. Contoh, bila shopping, pilihla sabun yang mild/lembut. Tengok ingredients product kat belakang, tengok susunan dia. Ada rules susunan tu bukan main susun je, ikut abjad ke apa. Yang paling banyak kuantiti dalam produk biasa tulis first sekali sampai la ke paling sikit, akhir list ingredients tu. So, kalau SLS & SLES atau paraben duk last2, boleh je nak ambik pakai. Its okay, kadar bersesuaian.
Balik kepada cosmoderm green tea, lepas pakai, aku rasa macam xsesuai la pulak dengan kulit muka. Produk ni serius best, kawan pon aku suggest pakai, no breakouts yang teruk pon lepas pakai cuma, aku rasa macam nak try produk lain. So, stop jap. Masa cuti semester habis diploma, aku cuba pakai cleanser brand cetaphil.
Produk ni famous sangat dikalangan dermatologist. Sebab mostly sape yang rujuk masalah berjerawat dekat klinik, jumpa doktor atau pharmacist, most of them akan recommend cetaphil, sebamed pon ada, tapi cetaphil lagi famous. Aku dah buat survey, samada asians, malaysian atau omputeh dorang akan suggest pakai cetaphil sebab tekstur cleanser ni mild (lembut) dan tak produce buih means that no SLS or SLES. Pakai la dalam sebotol, rasa macam muka xbersih sebab dia xberbuih. Cleanser ni sangat ok sebenarnye sebab dia tak keringkan kulit, dia maintain kelembapan kulit muka kita. Tapi sampai sekarang aku masih berekperimen dengan produk muka till i found another skincare.
NEXT POST!