Ahad, 25 Disember 2016

Kehidupan bila gemuk 😞

Dulu aku pernah berada di tahap normal, bmi normal. Berat 50kg ++. Sekarang ni pula, lain cerita dia, i've gained weight! Badan seriously naik tp kalau beritahu berat aku mostly kawan2 aku xpercaye sb badan ak x segempal orang lain. Dengan ketinggian 158cm, berat aku 78kg dan setelah dikira bmi aku ni dikategorikan sebagai moderately obese


Zaman sekolah dulu, makanan semua terjaga sebab duk asrama, dewan makan sedia makanan dan itu je sumber makanan aku, makanan yang disediakan tu pula bersesuaian dengan kadar yang diperlukan seorang remaja/pelajar. Bila dah masuk alam universiti, kita bebas nak makan apa yang kita nak, takde orang nak halang, ade duit dengan tak je. Xde duit xde la makanan sedap, end up makan megi je dengan biskut.

So, berat ak naik start duk uni, mase lunch, makan ayam/ikan ngan nasi je, sayur xde langsung. Dan akhirnye aku dapat padahnye, semester dua aku kene sembelit teruk, sampai dapat mc seminggu. Duk kampung nenek yang jaga. Seksa weh sembelit, mase tu ah aku rase nikmat membuang. Lagi seksa, bila isi dalam perut xboleh keluar. Lecturer semua xpercaye alasan aku mc, semua kate mengarut, xkan la sebab sembelit je awak cuti seminggu, tipu laah. Stress weh, dahla sakit lecturer xpercaye pula. Hnmm. Tapi nasib baik ade sorang lecturer yang sgt memahami, lecturer bio, mungkin sb bio kot dia faham 😆. Siap nasihat aku kene makan buah prun. So pengajaran dari kes sembelit aku ni, makan ape pon nasi ke ape, jangan lupe tambah sayur sb dia boleh elakkan sembelit teruk. Lepas tu aku pernah bace artikel yang bersenam pon mampu elakkan sembelit, kira macam melawaskan, senangkan proses membuang gitu.

So, berbalik kepada diet yang tak seimbang aku ni, aku mula gain weight kilos by kilos. Air fevret aku tea ais. Gabungan mantap weh. Tea yang lemak berkrim tu dengan ais! Pehh kembung weh perut! Nak2 sekarang semua air dalam gelas besar yang rm2++ lebih tu so memang pergh ahh jawab dia, hari2 minum tu je, penyumbang kegemukan aku. Semua yang sedap semua x elok.

Tapi sekarang mula nak menyesal sebab aku dulu pernah ringan, pernah la join olahraga lari balapan tu, tapi sekarang ni pergi kuliah pon mengah weh, penat jangan cakap ah. Sampai kelas macam nak putus nafas dah, kuat gile bunyi nafas malu weh. Peluh tu konfem basah dah baju. Kadang lewat pergi kelas kite punye rushing tu, nak potong pejalan kaki yang slow nak mati tu kene laju sikit, ala2 kerete memotong kat highway tu. Time nak tekan minyak tu ah biasa urat kaki aku tegang, end up sakit kaki. Geng pulak dengan kawan2 yang kaki panjang, kurus2 jalan laju macam roadrunner, seksa weh nak mengejar. Lepas tu bila perut dah membuncit ke depan ni, penat weh sebenarnye, dulu boleh la nk cover bile jalan depan laki, tahan nafas. Ilusi semata2. Tapi sekarang nak tahan nafas pon xboleh cover dah kebuncitan itu. Bukan tu je, dulu aku ni membuncit ke depan je. Kat belakang badan xde pon lemak tersembur keluar landasan. Sekarang, belakang badan dah macam burger, berlapis weh. Sedih sangat rase. Kalau dalam kelas, lelaki duk belakang serius x selesa rase macam ade mulut jahat duk mengata burger aku ni. Huhh.

Lepas tu sejak gemuk ni serius rase badan cepat letih, rase malas sebab badan berat. Yang paling tak best, bau badan. Ya Allah, even aku benci bau badan aku sendiri weh. Benci sangat2. Kadang rase nak nangis, sebab ak paling benci bau busuk. Dulu ak xpakai deo sebab takut cancer kononnye. Lepas tu aku try Dr.mist sebab brand tu lecturer ak cakap elok. Xde kesan sampingan. Mula2 try yang xde bau sb ak sensitif ngan bau. Ak pakai, xmenjadi, bau badan still ade. Lepas tu try yang ade bau, lavender, xmenjadi jugak. Rase give up sebab bau badan busuk dan kebal dengan deo. Kawan ak pakai dr mist ok je kot.

Next, sejak gemuk ni banyak sangat penyakit. Sakit perut, sakit angin dalam perut, sakit dada, sakit kepala. Macam2 ah sakit. Seksa jugak. Nak gi kelas tapi sakit lepas tu tertinggal dalam pelajaran. Hmmm. Sekarang ni pon duk menaip ni, sakit pedih ulu hati ni, rase nak muntah je dari tadi, nak rehat dulu ah, sapu minyak angin. So kesimpulan dia.

GEMUK TAK BEST! DAH LA TU MAKAN SEMBERONO JE. FIKIR MASA DEPAN. FIKIR KESIHATAN. SEDAP MAKANAN TU KEJAP JE. DAPAT PENYAKIT TERUK2 TU SANGAT SEKSA!

So, jaga makan dan jaga kesihatan. Choose wisely what you eat cause it will become your future. Eat healthy you will be healthy too.

P.s. pardon my for broken english

Rabu, 30 November 2016

Bedroom Goals

Bedroom aku territory aku!

And I spend most of my time in my bedroom so yeah i wanna decorate it according to my own taste. Tapi status purse tidak mengizinkan, duhh.. one day, cukup bajet inshaa Allah.

So, mampu tengok jela orang punye.

1. Tapestree as wall decorator (elak dinding nampak kosong)


2. Fairylights + polaroid memory lane



3. Fake plants sebab comel



4. My special corner - my forever dreams


5. 2 in 1 wardrobe (simpan barang + makeup table)

i wanna wardrobe tht look just like this
All the pics above credited to the google, i dreamt a tumblr theme bedroom as my territories. Harap suatu hari dapatlaa merasaa..

My skin progress

Instead of doing my assignments, here i am writing bout my skin..duhh sebab rindu kat blog so yah here i am..

Sambungan entri lepas..(i tend to talk bout something too detail, pardon me)

Lepas kulit berjerawat bernanah hijau, aku cuba satu suplement yang agak pricey bagi seorang student macam aku, nama dia Satin Skinz!



Aku sangat berpuas hati dengan produk ni, sebab sebenarnye selain masalah jerawat, aku juga ada masalah rambut gugur. Lantai bilik memang penuh dengan rambut, trust me kadang-kadang rase nak nangis tengok lantai. So, aku macam berani mati labur duit beli satin skinz yang mahal di mata aku (berat gile tangan nak wasap igshopper mase tu) jadi tak jadi belakang kira, yang pasti aku nak cuba keberkesanan dia. Memang mase tu ak redha. Tapi alhamdulillah lepas consume, aku sangat happy sebab rambut kurang gugur, lepas sikat dalam sehelai dua je yang gugur kalau dulu segumpal. Lepas tu lagi happy bila dulu ikat rambut, segenggam tu sangat la kecil, sekarang dah makin tebal, makin menebal diameter genggaman rambut. Sebelum ni, memang ada baca supplement tu bagus juga untuk rambut dan dalaman wanita xsilap aku ah.

Yang kesan kat muka pon slowly becoming better, yang paling aku suke serum dia yang botol kecik tu. Seriously wangi, bau rose. Fall in love terus aku. Serum tu best sebab memang betul apa yang admin ig satin skinz cakap, memang keluar semua isi jerawat.

"Kenape jerawat selalu keluar kat tempat yang sama?"
"Sebab kadang dia masak, lepas tu kita picit keluar isi, tapi tak semua yang keluar, masih ade lebihan kat dalam. Sebab tu jerawat asyik tumbuh tempat sama."

Aku pon xtahu fakta ni sebelum ni, so lepas pakai serum ni, serius... muka aku keluar habis nanah yang kat dalam tu, nasib baik cuti sem, kalau x malu weh nak gi kelas. Geli weh tengok nanah hijau kuning. (gambar jerawat bernanah lepas pakai serum ni dekat entri sebelum ni) So, alhamdulillah sekarang dah ok.

Tapi, sekali lagi aku sebagai seorang student xmampu nak beli supplement tu nak buat dibuat sebagai rutin. (Barang elok kualiti tiptop mesti mahal dan aku xmampu). Yang mampu, silakan beli, nanti kerja aku beli inshaa Allah. So, sekarang aku cuma bergantung kepada cleanser yang dibeli di drugstore.

Aku ada cuba skincare brand buatan Malaysians iaitu Cosmoderm. Aku tertarik dengan sebaris ayat dekat official website dia, 'the first cosmeticeuticals' product from Malaysia'. Mulanya try pakai moisturiser Vitamin E, sebab terbaca dalam salah satu entri NisaKay. Macam terkesan gitu. Try pakai sekali lepas tu macam xbest sebab sangat creamy, buat muka makin oily. Lepas tu aku ubah cara aku pakai, sebab dia Vit E, aku just apply dekat parut jerawat, mana tahu, makin pudar ke ape. Lepas tu tangan gatal sapu dekat jerawat yang bunting masak ranum, terus esok bangun, lesap semua jerawat. So, macam magic gile! Start dari tu, aku memang amalkan sapu moisturiser ni dekat jerawat, paling best esok bangun tidur, kalau masih ada sisa jerawat tu, just sapu dengan tisu atau kapas, semua nanah tu hilang (isi jerawat). Tak payah dah picit sampai merah kulit muka, berlubang berkawah, hanya perlu sapu je, cewwah.



So, impressed dengan keberkesanan moisturiser ni, aku try cosmoderm set tea tree, kali ni beli satu set terus, sebab harga dia mampu milik. Yang paling best, cleanser dia free from SLS & SLES.


Lecturer kimia aku dulu pernah pesan, kalau beli skincare, pilih yang bebas dari SLS & SLES sebab chemical ni boleh irritate your skin, possible causes for cancer dan banyak lagi. SLS & SLES ni biasanya ada dalam shampoo, cleanser & sabun. Contoh, lepas makan, tangan mesti berminyak dan berbau, so kite basuh tangan & sabun, lepas tu keringkan tangan dah tak berminyak. So, dua bende ni lah yang serap atau sapu minyak kotoran yang ada kat tangan & yang produce bubbles sabun tu. Zaman sekarang memang susah nak elak dari chemical, tapi kita boleh kurangkan penggunaan yang terlalu banyak. Paraben penyebab kanser, most product ada paraben tapi cari yang low content. Contoh, bila shopping, pilihla sabun yang mild/lembut. Tengok ingredients product kat belakang, tengok susunan dia. Ada rules susunan tu bukan main susun je, ikut abjad ke apa. Yang paling banyak kuantiti dalam produk biasa tulis first sekali sampai la ke paling sikit, akhir list ingredients tu. So, kalau SLS & SLES atau paraben duk last2, boleh je nak ambik pakai. Its okay, kadar bersesuaian.

Balik kepada cosmoderm green tea, lepas pakai, aku rasa macam xsesuai la pulak dengan kulit muka. Produk ni serius best, kawan pon aku suggest pakai, no breakouts yang teruk pon lepas pakai cuma, aku rasa macam nak try produk lain. So, stop jap. Masa cuti semester habis diploma, aku cuba pakai cleanser brand cetaphil.
Produk ni famous sangat dikalangan dermatologist. Sebab mostly sape yang rujuk masalah berjerawat dekat klinik, jumpa doktor atau pharmacist, most of them akan recommend cetaphil, sebamed pon ada, tapi cetaphil lagi famous. Aku dah buat survey, samada asians, malaysian atau omputeh dorang akan suggest pakai cetaphil sebab tekstur cleanser ni mild (lembut) dan tak produce buih means that no SLS or SLES. Pakai la dalam sebotol, rasa macam muka xbersih sebab dia xberbuih. Cleanser ni sangat ok sebenarnye sebab dia tak keringkan kulit, dia maintain kelembapan kulit muka kita. Tapi sampai sekarang aku masih berekperimen dengan produk muka till i found another skincare.


NEXT POST!