Rabu, 30 Disember 2015

My skin story

*Dah nama pon story, memang panjang post ni.*

Ok hai, untuk entry ke dua, aku nak share pasal kulit muka aku dari bermasalah kepada beransur pulih. Banyak ilmu skincare, beauty yang aku dapat sepanjang nak jadi flawless balik. (aku tak flawless lagi, tapi tengah on the way). Inshaa Allah aku akan share on the next post. Nanti aku boleh buka balik baca balik.

ZAMAN KEGEMILANGAN
Dulu masa zaman sekolah, kulit muka aku licin, so aku tak pernah pikir pasal jerawat, whitehead, blackhead semua. So aku memang ZERO bab skincare ni. Aku memang tak ambil kisah pasal kulit muka sangat. Yang pasti muka aku bersih!!! Zaman sekolah masa kawan-kawan lain hadapi masalah jerawat, dorang semua jealous sebab aku ni kulit licin. Macam biasa ah, bila kawan kata, "untunglaa kulit muka bersih, licin takdok jerawat". Hah kembang hidung, bajet.

Muka masa form 3

MUKA BURN
Zaman sekolah pulak, aku ni tak aktif mana sukan. So, alternatif lain nak kumpul sijil extra credit aku joinla kawad kaki. Alhamdulillah, penah la wakil daerah kemaman masa zaman sekolah TESMAL, masuk SESTER wakil kuala terengganu selatan pulak masuk peringkat negeri. Dah nama budak kawad, wajibla muka aku burn. Hitam-hitam ni stress, insecure dengan budak berkulit cerah. Cam biasa, ibu yang baik hati selalu concern kat satu-satunya anak pompuan dia ni. Beli la set skincare dalam kotak yang femes masa tu. Aku pakai memang la putih balik, tapi pedih. Lepas tu muka yang licin takde jerawat ni mula tumbuh jerawat tapi tak banyak dalam seketul dua je.

Tula permulaan kulit aku bermasalah. Sebelum ni aku pakai Fair & Lovely, masa kulit lawo. Memang licin muka aku. Tapi lepas try set skincare tadi, nak pakai balik Fair & Lovely, dah tak efek dah. Lepas tu jerawat makin subur, masa tu ah aku try semua brand cleanser yang jual kat mydin, Syurah, Syahirah, Safi, etc. Semua tak jalan. Keadaan ni berterusan sampai la form 4, mak sedare suggest pakai Garnier sebab cucu dia pakai jadi. Aku try la, alhamdulillah jadi laa. Aku pakai sampailaa habis SPM, bawa pi PLKN. Jerawat dah takde.

Masuk PLKN, sah-sahlaa gelap, tiap hari kawad mostly spend time kat luar, memang terdedah dengan cahaya matahari. Konon pakai sunblock nak protect kulit laa kan. Jadi makin teruk, aku dah ber'eksperimen' dah, aku try keluar tak pakai dengan pakai. Bila tak pakai, memang hitam, tapi kejap je recover balik, bila pakai sunblock muka jadi lagi hitam dan take times nak cerah. So, memang dah confirm, sunblock tu yang harus dipersalahkan. Sejak tu aku fobia dengan sunblock. Takut muka hitam. (brand tu je yang camtu, brand lain ok je tak de hitam pon).

Balik cuti raya, ibu bekalkan sabun beras, katanya molek untuk burn macam tu. So, sebagai anak yang taat, aku pon pakai la sabun beras. Lagi sekali, muka aku buat hal, kulit menggelupas, pedih sangat-sangat sampai nangis kat katil. Kat tepi hidung mula keluar putih-putih. Jijik gila, kawan aku suruh stop pakai. Lama juga aku rest dari sebarang cleanser dan apa-apa skincare, biar dia sihat secara semula jadi.

bukan setakat muka hitam, sekali ngan tangan hitam
Masuk universiti, muka kan burn, lepas tu ada butir-butir jerawat pasir, gatal tapi tahan. Masa tu fobia gila nak try produk baru. So, biarkan je.. Sampaila roommate aku suggest try sabun buku jenama maxipeel ada jual kat pasar malam. Harga dalam RM12 je.. memang jadi weh, takde kesan pedih ke apa. Ok je, lembut kena kulit. Effect dia memang terbaikkk..jerawat semua kecut, parut degil pon hilang. Kulit yang burn, hitam dan kusam makin cerah dan bermaya. Cewah ayat macam iklan skincare dah. Nah bukti.


lepas final exam semester 1 (kiri tu zetty kesayangan hamba)

Dah molek muka cantik takde jerawat, kulit pon cerah tona sekata je. Lepas tu ada terbaca post yang skincare yang murah-murah kat pasar malam maybe ada bahan yang bahaya, macam mercury. So, aku dah cemas, balik study bahan yang ada dalam maxipeel tu, baru aku perasan ingredients dia takde tulis kat kotak, so macam was-was. So, aku stopla pakai maxipeel.

Kawan aku Zetty ada suggest pakai cleanser Hada Labo, aku try trial kit/traveling pack dia. Sangat ok. Lembut je dengan muka. Sesuai. Tapi, masalah pulak, agak pricey untuk student macam aku yang hanya harapkan duit ptptn sebagai duit saku.

Once again, ibu suggest suruh pakai skincare dalam kotak tapi jenama lain. Baru nak naik masa tu tapi dah famous sekarang. Aku try la sebab tak nak hampakan ibu. Dia dah beli, takkan aku tak pakai pulak kan. Aku dah ada dengar kawan-kawan yang dah pernah cuba set tu, dorang cakap dulu muka dorang ok, tapi lepas pakai set tu, muka naik jerawat merah-merah, ada juga yang menggelupas pedih. Aku takut nak cuba, tapi bila pikir ibu dah belikan. Aku pakai jelaaa.

Nah padahnyee...
mega registration (semester 3)

close up muka bintik - bintik

Since aku semester 3 laa sampai sekarang semester 6, masalah ni tak selesai lagi. Dulu jerawat keluar, parut ambil masa seminggu lebih nak hilang. Tapi sekarang, parut kekal..aku tak rekod la pulak tapi yang pasti memang susah nak hilangkan parut. Perasan tak kulit muka pon dah kembali gelap. Yes, sekarang aku cepat burn.

Sepanjang tu jugakla, aku cuba dah macam-macam cleanser dari pelbagai brand, namakan je, semua dah pernah try, yang mahal yang murah, yang beli kat mydin, giant, watsons, guardian. Sampai dah fed up, banyak habiskan duit untuk tu. Still tak menjadi.

Sampai satu ketika, kawan sekolah aku kenalkan set cleanser yang bumiputera punya. Famous la jugak kat instagram. 1 set harga RM120, tapi aku dapat murah sebab harga kawan. Yang bestnye, aku pakai jadi wehhhhh!! Flawless in a month. (hampir flawless)

cuti semester 5 (jerawat kecut + parut makin pudar)

Tapi kan, aku stop jugak. Kenapa pulak stop? Kan dah ok muka pakai tu. Ok, camni.
Dalam kotak tu, ada
sebuku sabun,
satu krim siang,
dua krim malam; krim 1 (sarang burung - whitening), krim 2 (kunyit - jerawat).

Sabun tu boleh tahan 2 bulan, tapi krim tu sikit sangat, tak sampai sebulan dah habis. Jadi nya, aku pakai sabun je, kulit pon dah jadi kering, lepas tu aku perasan, kulit aku dah start naik balik jerawat. Makin teruk. Sebab aku pernah bace, kulit ni takleh terlampau kering, takleh terlampau berminyak sebab nanti lebih banyak 'breakout' jadi. Aku tak tahulaa nak komen apa dengan produk tu sebab dia memang menjadi, cuma bila aku tinggal je krim semua tu, hanya pakai sabun, kulit jadi teruk. Jerawat keluar sampai berdenyut, kalau solat waktu sujud tu, memang sakit gila!!!

berketul kat dahi, memang sedap waktu sujud!! perghh
sorry kalau jijik tengok
Aku redha je lerrr..dah fobia, aku pon tak pakai apa-apa kat muka. Lamanya kulit aku ni bercuti sampaila masuk semester 6 ni. Mula-mula, masa tak pakai apa-apa cleanser, muka ok je sebab masa cuti kan, duk dalam rumah je, Bila dah start semester baru, ulang alik pergi kuliah semua, kulit dah mula berminyak, lepas tu jerawat dengan suburnya membiak di bahagian dahi dengan dagu. Sedih wehhh. Bila kawan tegur, aritu dah nampak ok muka, kenapa lagi teruk?

Aku pon teringat dekat satu produk ni, dah banyak testimoni, cuma tak berani beli sebab mahal. Tapi bila fikir balik, duit yang aku dah habiskan untuk skincare sebelum ni tapi tak menjadi tu camane, so aku decide nak laburkan duit untuk kulit aku sekali lagi. So yeah, sekarang aku baru je gunakan kotak pertama. And it turns out well. Happy jugaklaaa. Akhirnyaaa, aku nampak sinar baru. Bayang ah sekarang, bangun tidur je tengok cermin, senyum. Yang tak tahan tu, selalu belai muka sendiri time hadap cermin dalam toilet yang lampu romantik tu. Perghhhhh...


Sedih wehh bila muka ni ada masalah jerawat, keyakinan merudum. Kulit muka pon kusam.Kadang- kadang nak approach orang pon dah tak berani sebab obvious gila muka dorang nampak takut bila tengok muka aku. Walaupon, keadaan kulit muka aku ni tak seteruk orang lain. Tapi aku pon dapat tamparan hebat juga bila family sendiri buat muka bila tengok muka aku yang ada jerawat nanah tu. Orang lain boleh salam, peluk cium pipi semua. Bila time salam dengan aku, tak sempat nak cium tangan pon. Cepat je dia tarik tangan. Takpe, aku positif maybe dorang takut nanah ni lekat kat dorang kot. =(.

Tapi ada hikmah laa semua ni jadi, tengok sape je yang ikhlas dengan aku. Siapa yang hanya pandang rupa. Lagipon, bila muka dah bermasalah ni, aku nampakla hikmah dia. Rajin pulak aku ni study baca karangan panjang-panjang yang dermatologist tulis basal bacteria, virus acne vulgaris blabla, macamana jerawat jadi, kenapa? How to treat...banyak ahh

Inshaa Allah nanti aku luang masa post pasal benda tu pulak.

Jumaat, 25 Disember 2015

First Post

Hai my dearself,

Sebelum ni dah ada blog, tapi dah lupa password and how to sign in, xjumpa langsung dah blog dulu.
Dulu blog tu dibiarkan sahaja, malas nak ambil kisah sebab aku tak suka menulis dan menaip. Then, bila terjumpa diari lama, baru aku sedar, suatu ketika dahulu aku ni suka menulis dan lukis dalam diari untuk luahkan apa yang terpendam dalam hati ni.

And it's a good thing sebab aku boleh throwback balik past incidents and history dalam hidup aku. Benda yang tak elok boleh ambil pengajaran laa..hurm i suddenly thought that i was a better person before. Yeah zaman sekolah memang tersangatla baik kan. Terjaga semua, sekarang dah besar ni, tendency nak mencuba sesuatu baru tu sangatla besar.

Okay, ni yang aku tak suka ni, banyak merepek dari content nya.
Sebenarnya nak cakap, blog baru, kehidupan baru, penulisan baru, gaya baru dan lebih MATANG

Bila dah makin tua ni, minat dan cenderung aku lebih kepada 20's mind. Mungkin juga sebab aku terpengaruh dengan apa yang aku hadapi tiap hari. Kawan dengan Zetty seriously bawa impact besar dan hidup aku lebih bermakna kott... I'm becoming more like her, cuma dia je tak perasan kot.

Sejak aku berjinak dengan youtube, aku banyak dapat ilmu atau lebih kepada maklumat la including lifestyle, beauty tips, macam-macamla. Dulu zaman sekolah bila buka youtube selalu buka MV Kpop je, variety show, runningman apa semua tu. Bile dah cecah 20 ni, dah tak cari dah semua tu, dan lagi seronok sebenarnya buka youtube lepas tu praktikkan in real life.

That information tu aku ingt nak jot down dalam diari. Tapi cam biasa ah, malas. Malas nak tulis. Aku ni bukan apa, kalau menulis nak pen colourful. Tak suka pen hitam, biru je. Nak pakai sharpee. It takes time you know.So, that's why aku decide nak buat blog baru, nak catat semuanya kat sini.

Ok, tu je nak cakap.

Hah, first post aku ditulis pada akhir tahun....perghh